Previu: Maghribi Mahu Ulang Sejarah Benam Portugal

Maghribi dianggap pasukan yang boleh menjadi pengacau kepada Portugal dan Sepanyol dalam kumpulan ini. Namun mereka dikejutkan Iran pada perlawanan pertama dengan kekalahan 1-0.

Portugal pula ada semangat yang tersendiri selepas mengikat Sepanyol 3-3 dalam perlawanan pertama menerusi inspirasi kapten Cristiano.

Perlawanan hari ini akan menemukan Portugal dengan sebuah lagi jiran mereka, Maghribi dalam perlawanan kedua kumpulan B.

1. Portugal perlu bina pasukan

Dalam perlawanan pertama, Portugal terlalu bergantung kepada keupayaan individu daripada Cristiano Ronaldo. Mereka ada skuad yang memiliki pemain berkualiti tetapi gagal membentuk pasukan dalam aksi menentang Sepanyol.

Pemain seperti Bernardo Silva dan Goncalo Guedes jelas tidak bermain dalam prestasi separuh daripada yang terbaik.

Dalam beberapa edisi kejohanan major, mereka bergantung kepada pemain seperti Joao Moutinho di tengah untuk mengawal tempo perlawanan. Itu juga diperlukan Portugal pada kali ini.

2. Maghribi perlu perbaiki peyudah di kawasan serangan

Kawasan serangan yang kami maksudkan adalah ‘final third’.

Dalam perlawanan menentang Iran mereka mencipta beberapa gerakan tetapi apabila tiba di kawasan untuk melakukan penyudah mereka banyak hilang bola dan gagal melakukan penyudah.

Mereka ada kualiti teknikal yang baik daripada pemain seperti Hakim Ziyech, Belhanda dan juga Amine Harit.

3. Perlawanan wajib menang

Kedua-dua pasukan tidak akan mendapat jaminan apa-apa jika seri perlawanan ini. Oleh itu hanya kemenangan yang perlu mereka cari

Portugal pasti akan mencerahkan peluang mereka mara jika menang. Manakala Maghribi, kekalahan akan membuatkan mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia.

Justeru, kami menjangkakan satu perlawanan yang menarik kerana kedua-dua pasukan perlu mencari gol.

4. Sejarah 1986

Pada 1986, Maghribi mengejutkan Portugal dengan kemenangan 3-1. Ia kekal menjadi pertemuan tunggal kedua-dua pasukan di peringkat antarabangsa.

Jaringan Maghribi adalah menerusi 2 gil Abdelrazzak Khairi dan 1 gol Abdelkarim Krimau. Gol sagu hati Portugal menerusi Diamantino.

Dalam sejarah Piala Dunia, pasukan Maghribi hanya menang 2 kali. Dan kemenangan ke atas Portugal 1986 adalah yang pertama. Yang kedua adalah pada 1998 ke atas Scotland. Ingat lagi dengan Mustapha Hadji dan rakan-rakan?

Sebelum wisel

Portugal pastinya tidak mahu sejarah berulang selepas 32 tahun. Namun mereka pastinya sedar, kualiti pasukan Singa Atlas yang akan mereka hadapi.

Ronaldo menyatakan beliau boleh bermain sehingga usia 41 tahun, namun Piala Dunia kali ini mungkin yang terakhir untuk beliau ataupun Piala Dunia terakhir beliau berada dalam ‘peak’ jika beliau bermain lagi pada Piala Dunia 2022.

Siapa akan menang? Kongsikan ramalan dan pandangan anda dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN