Kenali Aliou Cisse, Jurulatih Senegal Berimej Rasta Di Rusia 2018

Susuk Aliou Cisse menjadi perhatian dalam perlawanan di antara Senegal dan Poland semalam. Mana tidaknya, beliau berimej rasta ala-ala Snoop Dogg ini berada di tepi padang.

Beliau sebenarnya kapten legenda dalam sejarah bola sepak Senegal. Menjadi kapten ketika Senegal layak pertama kali ke Piala Dunia 2002.

Anda pasti masih ingat ketika Senegal mengejutkan Perancis dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002 bukan?

Anda boleh rujuk artikel kami: Mengenang Kisah Senegal Membenam Pasukan Serba Lengkap Perancis Dalam Piala Dunia 2002

Pasukan Senegal 2002 dianggap antara pasukan terbaik dalam sejarah Afrika dalam kempen Piala Dunia. Mereka mara sehingga ke ke suku akhir.

Mereka menyingkirkan Sweden di peringkat 16 pasukan akhir. Namun tewas di tangan pasukan Turki pada suku akhir.

Pasukan yang beliau ketuai itu juga telah menjadi naib juara dalam Piala Afrika pada 2002. Aliou Cisse ada kenangan buruk dalam final. Beliau gagal menyempurnakan penalti pada penentuan menentang Cameroon.

Di peringkat kelab, pernah bermain untuk Lille sebelum berhijarah ke CS Sedan dan kemudiannya ke Paris St-Germain. Beliau juga pernah bermain untuk Montepellier sebelum pergi ke England.

Beliau bermain untuk Birmigham dan Portsmouth ketika di England. Debut di EPL, tidak seindah dijangka. Beliau dilayangkan kad merah dalam perlawanan debut menentang Arsenal.

Aliou Cisse memang dikenali dengan label ‘dirty player’ ketika bermain. Beliau tetap menjadi pemain kesayangan Steve Bruce ketika di Birmingham.

Namun selepas beliau pulang lewat untuk pra-musim, membuatkan Bruce hilang sabar. Beliau menyenaraikan Aliou Cisse untuk dijual. Beliau kemudian menyertai Portsmouth dengan nilai £300,000.

Kejurulatihan

Selepas bersara, beliau terus menyertai pasukan kejurulatihan. Beliau memang minat menjadi jurulatih. Beliau terlibat dalam kejurulatihan B-23 tahun Senegal untuk mempelajari ilmu kejurulatihan dan pengurusan.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi penolong jurulatih pada 2010 sebelum menjadi interim 2 tahun kemudian. Pada 2015, Aliou Cisse dilantik ketua jurulatih Senegal secara tetap.

Kejayaan terbesar Aliou Cisse sebagai jurulatih pastinya membawa Senegal ke Piala Dunia 2018. Beliau menjadi satu-satunya pengurus berkulit hitam dalam temasya kali ini.

“Saya adalah satu satunya jurulatih berkulit hitam di Piala Dunia, itu hakikatnya. Namun perlukan perkara ini diperdebat dan mengganggu saya?”

“Bola sepak ini sukan universal. Warna kulit itu perkara yang paling tidak penting.”

Lantas Aliou Cisse turut menyeru agar lebih ramai pengurus berkulit hitam bangkit selepas ini dan berada di pentas Piala Dunia.

“Jika di Eropah, ramai pemain Afrika ternama dan berkualiti berada di kelab besar. Namun kenapa kita tidak dapat melahirkan jurulatih berkualiti lebih ramai?”

“Dah tiba masanya kita memerlukan lebih ramai jurulatih Afrika berada di pentas tertinggi.”

Aliou Cisse bagaimanapun gembira dengan perkembangan jurulatih di Afrika yang lebih celik dalam soal taktikal moden bola sepak.

Beliau juga menaruh kepercayaan yang suatu hari nanti akan ada pasukan Afrika menjulang Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN