Sebuah pesawat yang membawa skuad Piala Dunia Arab Saudi mengalami kebakaran di bahagian enjin ketika dalam perjalanan ke Rostov On Don untuk perlawanan yang seterusnya, menurut kenyataan daripada Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF).
Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pesawat itu mendarat dengan selamat dengan salah seorang pemain Arab Saudi memanggilnya sebagai “kerosakan kecil”.
🤭😲😱😱
Scary stuff: The engines of the plane ✈️ carrying the Saudi Arabia team caught fire while landing and the Asian side arrived safely at their hotel in Rostov-on-Do, according to the Saudi FA.
🎥 @Nsports24 pic.twitter.com/PJ2LesdII1
— Oluwashina Okeleji (@oluwashina) June 18, 2018
“Ia adalah kebakaran kecil di bahagian enjin, enjin di sebelah kanan tetapi pesawat mendarat dengan selamat,” kata presiden persatuan Ahmad Al Harbi kepada saluran TV sukan Saudi, KSA.
Salah seorang pemain Saudi, Hatan Bahbir, berkata menerusi video dalam akaun persekutuan:
“Kami selamat mendarat dan kami semua baik ia adalah kerosakan kecil.”
Saudi Arabia have landed safely in Rostov-on-Don after experiencing a technical failure in one of their plane's engines mid-flight.
📲 https://t.co/sAot0KlytO pic.twitter.com/MspU2Fda1e
— Sky Sports Football (@SkyFootball) June 18, 2018
Di dalam video itu juga, seseorang di luar kamera bertanya adakah dia berasa takut, dan dia menjawab:
Tidak, tidak. Sudah tentu kami terasa sedikit takut, syukur Alhamdulillah.”
SAFF dalam satu kenyataan berkata mereka “ingin mengesahkan yang semua pemain kebangsaan Saudi selamat, selepas kegagalan teknikal dalam salah satu enjin pesawat yang baru mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don, dan kini mereka menuju ke kediaman dengan selamat.”
Pasukan itu berlepas ke Rostov-on-Don untuk perlawanan kedua menentang Uruguay pada Rabu selepas dikalahkan Russia 5-0 pada perlawanan pembukaan kejohanan.