Aksi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 telah dikejutkan dengan kekalahan penyandang juara, Jerman keatas Mexico dengan keputusan tipis 1-0.
Pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano muncul wira Mexico selepas menjaringkan gol kemenangan perlawanan pada minit ke-35.
Hasil keputusan tersebut meletakkan skuad asuhan Joachim Löw menghuni kedudukan terbawah kumpulan F bersama Korea Selatan.
Kekalahan mengejutkan itu ternyata memberi tekanaan buat Jerman yang hadir dengan misi mempertahankan gelaran juara yang berjaya diraih di Brazil empat tahun lalu.
Pemain Jerman, Thomas Muller tampil memberi ulasan mengenai situasi pasukannya ketika ini.
“Kami (Jerman) berada dalam situasi getir. Kami harus menang pada dua perlawanan akan datang.”
“Kami dalam tekanan yang besar untuk memperoleh kemenangan. Ia ibarat sebagai perlawanan kalah mati” ujarnya.
Dipetik menerusi FourFourTwo, Muller turut berpesan kepada rakan sepasukan agar melupakan kekalahan keatas Mexico dan meneruskan perjuangan seperti sedia kala.
“Jika kami ingin menang, kami harus positif menerima kekalahan itu dan tetap dengan karakter kami.”
“Semua masih bercakap mengenai isu yang sama tentang perlawanan yang lepas.”katanya.
“Kami cuba melupakannya dan jika kami masih tidak boleh menerima kekalahan itu, ia akan mengundang ancaman yang tinggi untuk perlawanan yang akan datang.” ujarnya.
“Pasukan lawan akan mengambil peluang ini untuk menghadapi kami.”
Skuad Jerman selepas ini akan bertemu Sweden bagi perlawanan kedua pada 24 Jun sebelum bertemu Korea Selatan pada 27 Jun ini.