Insiden Terjahan Kung Fu De Bruyne, Januzaj Dan Martinez Tampil Memberi Penjelasan

Pemain tengah Belgium, Adnan Januzaj menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai masalah hubungan dengan rakan sepasukan, Kevin De Bruyne.

Hal ini susulan penyebaran video terjahan keras yang dilakukan De Bruyne keatas Januzaj semasa latihan pasukan baru-baru ini.

Video berdurasi selama 12 saat itu turut menyaksikan tindakan De Bruyne seakan-akan tidak memperdulikan terjahan yang dilakukannya keatas Januzaj.

Insiden itu telah menimbulkan prasangka buruk dikalangan peminat berhubung hubungan antara Januzaj dan De Bruyne.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan kepada media bahawa tiada niat jahat disebalik insiden itu.

“Insiden itu tidak seburuk yang disangka” katanya.

“Itu hanya sebahagian daripada inisiatif dalam latihan.” ujar Januzaj.

Pengurus pasukan, Roberto Martinez turut mengulas mengenai isu yang dibangkitkan.

“Secara semulajadi, ia menunjukkan kepada anda  bahawa ia(terjahan keras) amat penting.”

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 15 : Kevin De Bruyne forward of Belgium, Erwin Lemmens goalkeeping coach of Belgian Team and Roberto Martinez head coach of Belgian Team pictured during a training session of the National Soccer Team of Belgium as part of the preparation prior to the FIFA 2018 World Cup Russia group G phase match between Belgium and Panama at the Guchkova Sports center in Dedovsk on June 15, 2018 in Moscow, Russia, 15/06/2018 ( Photo by Peter De Voecht / Photonews
via Getty Images)

“Kami berada dalam persediaan awal untuk menangani beberapa perkara kecil(dalam perlawanan), ada perasaan bersaing untuk menang dalam kumpulan.” ujarnya.

Tambahnya lagi, “Anda tidak mahu menyakiti sesiapa tetapi sekarang anda dapat melihat inisiatif dalam latihan yang merupakan inisiatif sebenar dalam perlawanan.” katanya.

“Ia adalah sesuatu yang kita sedang berusaha, tanpa perkara yang tidak dapat dikawal. Ini adalah tempo yang kita perlukan untuk menghadapi perlawanan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN