Cristiano Ronaldo digelar sebagai ‘pelakon hebat’ oleh bintang pertahanan Barcelona, Gerard Pique yang menyaksikan penyerang Real Madrid tersebut menjaringkan hatrik pada aksi peringkat Kumpulan B Piala Dunia menentang Sepanyol awal pagi kemarin.
Dalam perlawanan itu, ayam tambatan Portugal itu meraih tendangan penalti pada minit ketiga sekali gus mengancam taktik pertahanan Sepanyol yang diketuai oleh Nacho Fernandez.
Pique on Cristiano Ronaldo in 2011: “I know all of his tricks. It won’t be difficult to stop him.”
2018: Cristiano is still leaving him with this expression. pic.twitter.com/KiZ5zkjIY4
— Players Sayings (@PlayersSayings) June 16, 2018
Kejayaan Ronaldo menyumbat gol pertama ke gawang lawan itu menjadikannya pemain keempat dalam sejarah melakukan jaringan pada empat edisi Piala Dunia berbeza.
Kapten Portugal itu berjaya menamatkan permainan dengan gol penyamaan untuk mengikat keputusan seri 3-3 setelah mendapat tendangan percuma pada minit-minit akhir perlawanan.
https://twitter.com/_RIZmadridista/status/1007700394804473857
Pique juga tidak gembira dengan cara Ronaldo yang turut meraih gelaran pemain terbaik perlawanan setelah mendapatkan peluang untuk meraih gol dengan melakukan pelbagai taktik termasuk sengaja merebahkan badan apabila diasak.
“Cristiano (Ronaldo) memiliki kecenderungan melakukan dive. Kami mempunyai banyak peluang berbanding mereka yang memiliki hanya tiga peluang dan memanfaatkan ketiga-tiganya untuk menghasilkan gol.
“Apabila pasukan lawan menggunakan penalti untuk meraih kemenangan di pentas pembukaan Piala Dunia, ia merupakan satu petanda baik mengenai keadaan pasukan,” katanya