The Three Lions diundi berada dalam kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisia.
England akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Tunisia pada 18 Jun ini sebelum berdepan Panama dan Belgium.
Pada edisi kali ini, skuad bimbingan Gareth Southgate telah diperkuatkan dengan barisan pemain-pemain muda.
Ruben Loftus-Cheek, adalah antara 23 pemain yang telah disenaraikan untuk menghadapi kejohanan pada kali ini.
Bercakap di sidang media di Saint Petersburg, Loftus-Cheek berkata beliau dan rakan sepasukan akan memberikan aksi sehabis baik di Piala Dunia demi legenda England, Ray Wilkins.
“Semua perlawanan yang bakal kami hadapi di Piala Dunia kali ini dan sejauh mana pun kemampuan kami, kami akan lakukannya demi Ray .”
Loftus-Cheek yang buat pertama kali tampil di pentas Piala Dunia turut menghargai dan mengenang jasa Wilkins yang pernah bersama England satu ketika dahulu.
“Dia merupakan ikon untuk Chelsea dan bolasepak England. Saya fikir kebanyakan pemain di England akan merindukannya.”
Tambahnya lagi, “Pastinya, kami akan melakukan yang terbaik untuknya.”
Loftus-Cheek: Doing it for Ray – Ruben Loftus-Cheek, in Russia for his first World Cup, has revealed how Chelsea Legend and former England star Ray Wilkins will be on his mind as the tournament progresses. @rubey_lcheek https://t.co/MCfNm6BdJk
— CFC News ⭐️⭐️ (@CFCnews) June 15, 2018
Ray Wilkins meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital St George’s, London selepas mengalami serangan jatung pada April tahun ini.
Bekas kapten England itu pernah tampil sebanyak 84 kali bersama England antara tahun 1976 sehingga 1986.
Di peringkat kelab, beliau pernah mewakili Chelsea, Manchester United, Queen’s Park Rangers, AC Milan dan Paris St-Germain dan telah beraksi lebih 150 perlawanan.
Manakala bagi Loftus-Cheek, pemain muda yang beraksi bersama Crystal Palace pada musim lalu ini harus bersaing dengan Eric Dier dan juga kapten Liverpool, Jordan Handerson untuk berada di dalam kesebelasan utama skuad England.