FIFA Siasat Kehilangan Misteri 5000 Penyokong Bertiket Di Ekaterinburg Arena

Lebih dari 5,000 penyokong bertiket dilaporkan tidak hadir menyaksikan kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Mesir di Yekaterinburg.

FIFA mengesahkan mereka sedang menyiasat ke manakah hilangnya 5000 penonton bertiket tersebut.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Kawasan tempat duduk berwarna oren di stadium berkenaan jelas boleh dilihat mempunyai banyak tempat kosong.

Secara keseluruhan stadium tersebut boleh memuatkan 33,061 penonton untuk aksi di Piala Dunia.

FIFA telah memperuntukkan 32,278 tiket perlawanan khusus untuk perlawanan Uruguay dan Mesir ini dan pada jam 5 petang waktu tempatan, hanya 27,015 penonton direkodkan hadir oleh pegawai bertugas.

Seorang jurucakap FIFA mengesahkan:

“Kami boleh mengesagkan bahawa jumlah kehadiran rasmi penonton untuk perlawanan  di antara Mesir dan Uruguay ialah 27,015. Stadium Piala Dunia FIFA ini berkapasiti 33,061.

“Jumlah kehadiran yang lebih rendah berbanding tiket perlawanan yang diperuntukkan boleh terjadi atas beberapa faktor, termasuk tidak hadir ke perlawanan walaupun sudah memiliki tiket.”

“Untuk itu, FIFA akan melakukan siasatan.”

(Photo credit should read HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images)

Yekaterinburg adalah lokasi paling timur di kalangan 11 bandaraya yang menganjurkan kejohanan ini, dan terletak 880 batu dari Moscow.

Secara tradisi Yekaterinburg adalah sempadan di antara Asia dan juga Eropah.

“Jelas ada banyak tempat kosong di dalam stadium, dan ini tidak bagus ujar Menter Sukan Rusia, Leonid Rapoport kepada pemberita..

Ketika Piala Dunia dianjurkan di Brazil, tidak ada perlawanan yang merekodkan jumlah kehadiran kurang daripada 37,000 penonton pada satu-satu masa.

Manakala di Afrika Selatan pada 2010, kehadiran terendah yang direkodkan ialah 23,871 membabitkan perlawanan di antara New Zealan dan Slovakia.

Ia terus menjadi rekod sebagai perlawanan dengan kehadiran terendah di dalam Piala Dunia sepanjang abad ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN