Seperti yang dijanjikan, Griezmann akan memberitahu tentang masa depan beliau sebelum sepak mula beliau di Piala Dunia.
Dan semalam, penggempur berbisa Atletico Madrid itu telah menyatakan hasratnya untuk kekal di Atletico Madrid. Pemburuan Griezmann ini sudah lama dilakukan oleh Barcelona dan ia bukannya rahsia lagi.
Sehingga ada yang menyatakan jersi no.7 dikosongkan sehingga ke hari ini untuk Griezmann.
Sebelum ini, Atletico pernah membuat aduan kepada badan pengurusan liga apabila Barcelona ada menyebut nama Griezmann dalam kenyataan rasmi mereka.
Ia menimbulkan kemarahan Atletico yang merasakan tindakan Barcelona itu tidak menghormati mereka. CEO kelab mereka, Gil Marin berkata:
“Kami sudah muak dengan sikap Barcelona. Adakah itu caranya seorang presiden kelab dan lembaga pengarah bercakap menggambarkan mereka sudah memuktamadkan perjanjian dengan pemain yang terang-terang masih ada kontrak. Ini sememangnya satu penghinaan kepada Atletico dan para penyokong.”
Griezmann memiliki klausa perlepasan £88 juta. Barcelona dikatakan enggan memenuhi tuntutan kenaikan gaji oleh Griezmann yang agak tinggi.
Barcelona tidak mahu ia akan mempengaruhi struktur gaji pasukan mereka. Sebelum ini Barcelona sudah menaikkan gaji Lionel Messi ke satu angka yang sangat besar. Mereka juga dalam perancangan untuk menyambung kontrak beberapa pemain dan ia turut melibatkan kenaikan gaji.
Kemasukan pemain seperti Coutinho dan Ousmane Dembele sebelum ini juga membuatkan struktur gaji mereka meningkat. Namun begitu, tindakan sebuah akhbar pro-Barcelona yang berpengaruh iaitu Sport, ianya agak kontroversi.
Mereka mengutuk Griezmann dengan nada terlalu emosi dan melabel pemain itu sebagai memalukan. Bochorno Griezmann adalah bermaksud Griezmann Memalukan.
'Embarrassment Griezmann' [sport] pic.twitter.com/cAi3bGZUtd
— barcacentre (@barcacentre) June 14, 2018
Sudah menjadi perkara biasa dalam bola sepak untuk pemain meminta kenaikan gaji dekat kelab baru mereka jika kelab tersebut benar-benar berminat.
Kecualilah pemain tersebut sudah tidak berada dalam ‘peak’ terbaik ataupun bukan pemain bintang.