Previu Kumpulan C & D: Perancis Diramal Tiada Masalah, Argentina Dalam Kumpulan Maut

Selepas mengimbas tentang kumpulan A dan B, giliran kumpulan C dan D pula.

Kumpulan C

Pasukan (ranking): Perancis (7), Peru (11), Denmark (12), Australia (36)

Tiada alasan untuk Perancis kandas dalam kumpulan ini. Perancis terpaksa menyingkirkan ramai nama besar kerana lambakan bakat yang mereka miliki.

Pasukan ini beraksi cemerlang dalam Piala Eropah yang lalu. Pastinya Piala Dunia 2018 adalah medan terbaik untuk Deschamps mencapai perkara lebih besar bersama Perancis sebagai pengurus.

France’s national football team coach Didier Deschamps (R) walks on the pitch as his players joke during a training session at the team’s training camp in Clairefontaine-en-Yvelines, near Paris, on May 25, 2018, during the team’s preparation for the upcoming FIFA World Cup 2018. (Photo by GERARD JULIEN / AFP) (Photo credit should read GERARD JULIEN/AFP/Getty Images)

Namun begitu 3 lagi pasukan yang lain dilihat akan memiliki persaingan seimbang untuk mendapatkan satu lagi slot kalah mati iaitu Denmark, Peru dan Australia.

Denmark pasukan yang cemerlang dalam pusingan kelayakan meskipun bank bakat mereka tak sebesar Perancis.

Sementara itu Australia membuktikan mereka pasukan yang ada kemampuan untuk memberikan kejutan dalam beberapa penyertaan mereka sebelum ini.

Australia’s team celebrates their victory in their World Cup 2018 qualifying football match against Honduras in Sydney on November 15, 2017. / AFP PHOTO / Saeed KHAN /

Sementara itu Peru adalah pasukan yang memiliki corak permainan yang bertenaga. Kali terakhir Peru mara ke pusingan 16 pasukan adalah pada 1982. Mereka menerima perkhabaran positif, kapten Guerrero ditarik semula penggantungan dan boleh beraksi dalam Piala Dunia kali ini.

Pemain tumpuan

Kylian Mbappe (Perancis)

Pemain ini membuktikan beliau bukan hits semusim. Beliau terus cemerlang musim ini untuk pasukan kelab dan negara.

Christian Eriksen (Denmark)

Dianggap antara no.10 terbaik dalam liga utama Eropah buat masa ini. Beliau akan menjadi pusat kreativiti pasukan, itu tiada keraguan lagi.

Aaron Mooy (Australia)

Lupakan seketika Tim Cahill, pemain ini akan menjadi nadi pasukan Australia di tengah untuk menghidupkan Tom Rogic di hadapan. Bekas graduan Manchester City ini cemerlang dalam 2 musim terakhir di 2 liga utama Inggeris.

Andre Carillo (Watford)

Pemain penyerang ini akan menjadi petugas penting di bahagian hadapan dengan sokongan oleh pemain seperti Farfan dan Guerrero.

Sebelum sepak mula

Kami menjangkakan Perancis dan Peru akan melepasi kumpulan ini walaupun sebenarnya agak sukar untuk memilih pasukan yang mengiringi pasukan Perancis.

Perlawanan melibatkan sesama 3 pasukan, Denmark, Peru dan Australia akan menjadi sangat penting.

Kumpulan D

Pasukan (ranking): Argentina (5), Croatia (20), Iceland (22), Nigeria (48)

Kumpulan D boleh dianggap ada ciri-ciri kumpulan maut kerana prestasi semasa kesemua pasukan yang sangat baik.Kumpulan ini menempatkan finalis Piala Dunia 2014 iaitu Argentina.

Piala Dunia ini penting untuk pemain seperti Lionel Messi yang berada dalam peak terbaik. Argentina pastinya diletakkan pasukan pilihan dengan bimbingan oleh Jorge Sampaoli.

Manchester entrenamiento de la Seleccion Argentina Previo al amistoso frente a Italia Sampaoli Aimar/ foto MARCELO CARROLL

Croatia mengambil langkah tepat untuk memecat jurulatih mereka pada play-off yang Piala Dunia. Mereka kembali semula ke landasan di bawah Zlatko Dalic.

Ante Cacic sebelum itu berhadapan dengan tentangan penyokong dan ramai pemain senior di dalam pasukan yang mempersoalkan kredibiliti beliau. Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren juga dipanggil semula ke dalam pasukan Croatia bawah kendalian Dalic.

Pasukan ini sentiasa menjadi pasukan yang digemari oleh peminat neutral kerana reputasi mereka melakukan kejutan.

Iceland adalah pasukan yang paling mengujakan dalam Piala Eropah 2016 terutama sekali ketika mereka menewaskan England pada suku akhir. Ini adalah penampilan sulung mereka dalam Piala Dunia untuk negara dengan populasi sekitar 335,000 penduduk.

Pasukan ini terus menunjukkan kemajuan mereka selepas itu, dan buktinya mereka mara ke Piala Dunia 2018. Di pusingan kelayakan mereka menamatkannya di atas Croatia, hanya bolos 5 daripada 12 perlawanan kelayakan.

Nigeria pula boleh dianggap pasukan yang memiliki kelompok pemain yang sangat bersemangat. Pasukan ini pastinya akan menjadi pengacau yang sangat berpotensi dalam kumpulan ini.

Mereka gagal untuk memujuk Tammy Abraham untuk mewakili mereka. Namun masih ada beberapa penggempur seperti Alex Iwobi, Ighalo dan Kelechi Iheanacho.

Pemain tumpuan

Lionel Messi (Argentina)

Beliau menjadi penyelamat kepada Argentina untuk membawa pasukan ini mara ke Piala Dunia 2018. Pemain yang akan bermain di peranan no.10 ini menjadi inspirasi penting kepada La Albiceleste.

Ivan Perisic (Croatia)

Selain daripada Luka Modric, nama Ivan Perisic adalah nama yang sangat konsisten untuk pasukan kebangsaan beliau.

Gylfi Sigurdsson (Iceland)

Beliau akan dikenang sebagai tokoh utama dalam buku sejarah pasukan dalam fasa terbaik dalam sejarah bola sepak Iceland. Pemain yang penuh inspirasi dan kemampuan untuk melakukan magis di dalam padang.

Ahmed Musa (Nigeria)

Beliau gagal memberikan impak ketika di EPL seperti mana pemain pemain dari Nigeria yang lain. Namun begitu pemain sayap ini menjadi nadi penting Nigeria kerana kepantasan beliau dalam melaksanakan serangan balas.

Sebelum sepak mula

Perlawanan di antara Argentina dan Iceland pastinya menjadi tumpuan kerana ianya bukan mudah untuk skuad Sampaoli. Amat sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan mara.

Ini kerana, pada pusingan kelayakan menyaksikan Argentina terlalu bergantung kepada Lionel Messi. Aspek permainan berpasukan akan menjadi sangat penting untuk La Abilceleste.

Di sebalik kesukaran meramal, kami menjangkakan Argentina dan Croatia akan mara.

Apa kata anda?

Apa pula kata pembaca kami? Pasukan mana yang anda akan mara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN