Badai kini sedang melanda pasukan Sporting Lisbon.
Kelab tersebut terus dihimpit pelbagai bencana selepas 6 pemain mereka telah mengesahkan bakal meninggalkan kelab tersebut.
William Carvalho, Gelson Martins, Bruno Fernandes dan pemain muda Daniel Podence bakal menamatkan kontrak mereka walaupun masih terikat dengan kelab.
Selain itu penyerang Bas Dost serta kapten Rui Patricio turut bakal menamatkan kontrak mereka bersama kelab utama Portugal itu.
Keputusan itu dibuat selepas skuad Sporting Lisbon diserang oleh 50 orang penyokong mereka di padang latihan tempoh hari.
Ia disusuli dengan isu yang melibatkan presiden kelab iaitu Bruno de Carvalho dengan para pemain yang dipercayai presiden kelab tersebut telah menggelar skuad tersebut sebagai “manja”.
Anda boleh baca artikel terdahulu kami mengenai isu ini di sini.
Penghijrahan beramai-ramai ini pastinya memberikan tamparan hebat kepada kelab dan de Carvalho telah memberikan jaminan akan meletakkan jawatan bersama beberapa pegawai tinggi kelab lain.
Hal ini kerana, beliau berpendatan andainya pemain pergi kerana beliau maka beliau sanggup tinggalkan kelab itu.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal
Isu yang melanda Sporting Lisbon ini pastinya telah membuka mata ramai pasukan.
Pemain seperti William Carvalho dikatakan menjadi tumpuan Everton kerana Marco Silva cuba untuk mendapatkan pemain yang pernah beliau berkerja bersama sebelum ini.
Gelson Martins pula kini diperhatikan oleh Arsenal, West Ham United dan juga Everton dengan Unai Emery mahu membina revolusi baharu di Arsenal.
Bagi Rui Patricio pula, perpindahan beliau ke Wolverhampton Wanderers musnah selepas de Carvalho membatalkan perpindahan tersebut.