Patrick Vieira Dilantik Sebagai Pengurus OGC Nice

Bekas bintang Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kembali ke Ligue 1 selepas lebih 20 tahun untuk mengambil alih tugas di Nice, selepas diumumkan sebagai pengurus.

“Saya sangat senang kembali ke Perancis, yang saya tinggalkan pada usia 19 atau 20 tahun. Kembali ke Ligue 1 secara jujurnya sentiasa menjadi objektif, tetapi saya mahu melakukannya dalam keadaan yang terbaik dan saya fikir itu berlaku,” kata Vieira pada sidang media.

Pengurus yang berusia 41 tahun itu kembali ke Perancis selepas berkhidmat dengan kelab MLS New York City FC. Dia menandatangani kontrak tiga tahun dan menggantikan Lucien Favre yang berpindah ke Borussia Dortmund.

Nice mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan pemenang Piala Dunia 1998 itu sebagai “monumen bola sepak Perancis”, yang berperwatakan dinamik dan berkarisma menjadikannya pilihan yang jelas.

Vieira berkata, beliau mengadakan beberapa perbincangan dengan pengarah kelab, Julien Fournier dan Presiden, Jean-Pierre Rivere.

“Apabila saya melihat skuad ini, saya sangat bersemangat, ia sangat menggalakkan, saya fikir segala-galanya di sini yang diperlukan untuk berjaya,” katanya.

Bekas pemain tengah dinamik itu memulakan kerjayanya di Cannes tetapi meninggalkan kelab berkenaan untuk berpindah ke AC Milan, sebelum membina kejayaan ketika bersama Arsenal dan menjadi bintang utama Gunners selama hampir sedekad dari 1996 – 2005.

Selepas memenangi tiga gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA bersama Arsenal, Vieira menyertai Juventus semusim kerana kelab itu menduduki tangga teratas Serie A, tetapi kehilangan gelaran berkenaan, sebelum membantu Inter Milan muncul juara empat kali Serie A.

“Kerjaya saya sebagai pemain tidak lagi penting, ia adalah sebahagian daripada masa lalu.

“Saya tahu pengorbanan yang diperlukan untuk maju dan saya berharap pemain muda menyerlahkan bakat mereka dan saya boleh membimbing mereka,”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN