Quantcast

BERITA

Tak Puas Hati Dengan Presiden Kelab, 6 Pemain Sporting Lisbon Sedia Tamatkan Kontrak

Badai kini sedang melanda pasukan Sporting Lisbon.

Kelab tersebut terus dihimpit pelbagai bencana selepas 6 pemain mereka telah mengesahkan bakal meninggalkan kelab tersebut.

William Carvalho, Gelson Martins, Bruno Fernandes dan pemain muda Daniel Podence bakal menamatkan kontrak mereka walaupun masih terikat dengan kelab.

Selain itu penyerang Bas Dost serta kapten Rui Patricio turut bakal menamatkan kontrak mereka bersama kelab utama Portugal itu.

LISBON, PORTUGAL – JULY 22: Sporting CP goalkeeper Rui Patricio from Portugal during the Friendly match between Sporting CP and AS Monaco at Estadio Jose Alvalade on July 22, 2017 in Lisbon, Portugal. (Photo by Carlos Rodrigues/Getty Images)

Keputusan itu dibuat selepas skuad Sporting Lisbon diserang oleh 50 orang penyokong mereka di padang latihan tempoh hari.

Ia disusuli dengan isu yang melibatkan presiden kelab iaitu┬áBruno de Carvalho dengan para pemain yang dipercayai presiden kelab tersebut telah menggelar skuad tersebut sebagai “manja”.

Anda boleh baca artikel terdahulu kami mengenai isu ini di sini.

Penghijrahan beramai-ramai ini pastinya memberikan tamparan hebat kepada kelab dan de Carvalho telah memberikan jaminan akan meletakkan jawatan bersama beberapa pegawai tinggi kelab lain.

LISBON, PORTUGAL – MARCH 08: Gelson Martins of Sporting Lisbon reacts during the UEFA Europa League Round of 16 first leg match between Sporting Lisbon and Viktoria Plzen at Estadio Jose Alvalade on March 8, 2018 in Lisbon, Portugal. (Photo by Octavio Passos/Getty Images)

Hal ini kerana, beliau berpendatan andainya pemain pergi kerana beliau maka beliau sanggup tinggalkan kelab itu.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal

Isu yang melanda Sporting Lisbon ini pastinya telah membuka mata ramai pasukan.

Pemain seperti William Carvalho dikatakan menjadi tumpuan Everton kerana Marco Silva cuba untuk mendapatkan pemain yang pernah beliau berkerja bersama sebelum ini.

LISBON, PORTUGAL – MARCH 08: William Carvalho of Sporting Lisbon competes for the ball with Michal Krmencik of Viktoria Plzen during the UEFA Europa League Round of 16 first leg match between Sporting Lisbon and Viktoria Plzen at Estadio Jose Alvalade on March 8, 2018 in Lisbon, Portugal. (Photo by Octavio Passos/Getty Images)

Gelson Martins pula kini diperhatikan oleh Arsenal, West Ham United dan juga Everton dengan Unai Emery mahu membina revolusi baharu di Arsenal.

Bagi Rui Patricio pula, perpindahan beliau ke Wolverhampton Wanderers musnah selepas de Carvalho membatalkan perpindahan tersebut.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!