Previu Kumpulan A & B: Rusia Elak Jadi Penonton Awal, Sepanyol & Portugal Tiada Alasan Kandas

Kumpulan A dan B dianggap kumpulan yang paling mudah diramal pasukan mana yang akan mara.

Kumpulan A

Pasukan (ranking): Uruguay (14), Mesir (45), Arab Saudi Arabia (67), Rusia (70)

Pasukan Arab Saudi dan Rusia menjadi 2 pasukan yang berada di ranking paling rendah di antara kesemua negara yang bertanding kali ini.

Dalam mana-mana edisi Piala Dunia, sifir mudahnya adalah, Kumpulan A akan menjadi bukan kumpulan yang menarik apabila negara penganjur bukan negara yang kuat.

Pasukan kebangsaan Rusia mengalami kemerosotan prestasi sejak 2010 lagi.

Uruguay dijangka akan mudah melepasi kumpulan ini. Uruguay menjadi pasukan yang kompeten dala edisi Piala Dunia. Manakala Rusia akan berhempas pulas untuk mara ke pusingan kalah mati.

Ini kerana pasukan seperti Mesir boleh dianggap kuda hitam dalam kejohanan kali ini. Istilah kuda hitam ataupun dark horse merujuk kepada pasukan yang ada kekuatan tersendiri walaupun bukan pasukan pilihan.

Rusia perlu menang perlawanan pertama menentang Arab Saudi untuk memastikan Piala Dunia terus meriah pada pusingan 16 pasukan akhir.

Pemain tumpuan:

Luis Suarez (Uruguay)

Pemain ini sentiasa menjadikan pasukan Uruguay lebih baik apabila berada di padang. Beliau dan Cavani antara duo yang konsisten di peringkat antarabangsa.

Mohamed Salah (Mesir)

Rekod jaringan beliau dalam semua peringkat musim ini adalah luar biasa. 71% gol di pusingan kelayakan Mesir adalah hasil daripada jaringan Mo Salah. Namun persolannya adakah beliau cukup cergas?

ZURICH, SWITZERLAND – MARCH 23: Mohamed Salah of Egypt during the International Friendly match between Egypt v Portugal at the Letzigrund Stadium on March 23, 2018 in Zurich Switzerland (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Igor Akinfeev (Rusia)

Penjaga gol legenda ini sentiasa menjadi benteng terakhir yang penting untuk pasukan Rusia

Mohammad Al-Sahlawi (Arab Saudi)

Kami jangkakan Arab Saudi akan mengamalkan taktikal ‘sit deep and counter attack’. Penyerang ini menjadi harapan utama mereka ketika fasa serangan balas kerana kelajuan beliau.

Perlawanan tumpuan: Mesir vs Uruguay (16 Jun). Perlawanan yang mungkin akan menentukan siapa juara kumpulan.

Sebelum wisel:

Kami meramalkan Uruguay dan Mesir melepasi kumpulan ini. Manakala Rusia akan menentukan keupayaan mereka dalam perlawanan menentang 2 pasukan ini.

Kumpulan B:

Pasukan (ranking): Portugal (4), Sepanyol (10), Iran (37), Maghribi (41)

Walaupun Portugal berada di ranking ke-4 dunia, serta membawa status juara Eropah, Sepanyol masih lagi pasukan pilihan utama dalam kumpulan B. Pada sesi undian Piala Dunia, Portugal diletakkan di pot 2 dan Sepanyol di Pot 1.

(Photo credit should read PATRICIA DE MELO MOREIRA/AFP/Getty Images)

Kumpulan ini dijangka akan dilepasi oleh Portugal dan Sepanyol tanpa sebarang masalah.

Menariknya secara geografi, kumpulan ini sangat unik kerana mereka boleh dikatakan jiran terdekat dalam Piala Dunia kali ini berbanding dengan jarak mereka dengan negara lain.

Sepanyol dan Portugal berjiran di Semenanjung Iberia. Manakala Maghribi di Selat Gibraltar di sebelah Afrika yang dekat dengan Iran yang berada di Timur Tengah.

Sepanyol pastinya mahu menebus aksi hambar dan melupakan apa yang media mereka gelar malapetak dalam kempen Piala Dunia 2014.

Namun Mahgribi boleh menjadi kuda hitam dalam kumpulan ini serta ada potensi melakukan kejutan ataupun menentukan nasib Portugal dan Sepanyol.

Maghribi dibarisi ramai bintang yang bermain di liga di Eropah. Dengan pertahanan yang diketuai Mehdi Benatia, mereka berjaya merekodkan 11 perlawanan tanpa bolos dalam pusingan kelayakan.

Iran adalah pasukan Asia terbaik dalam fasa kelayakan Piala Dunia. Namun mereka dilihat sukar untuk melepasi kumpulan ini.

Pemain tumpuan

Bernardo Silva (Portugal)

Lupakan seketika Cristiano Ronaldo kerana beliau memang pemain yang sentiasa memberikan impak. Kita becerita pula tentang Benardo Silva yang dijangka akan menjadi nadi pasukan dengan gaya permainan yang lincah dan kreatif.

David De Gea (Sepanyol)

MADRID, SPAIN – OCTOBER 04: David De Gea of Spain attends a training session on October 4, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Ini adalah Piala Dunia pertama beliau menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol. Pasukan yang sarat dengan bakat ini pastinya mahu memperbaiki reputasi mereka yang calar dalam Piala Dunia 2014.

Hakim Ziyech (Maghribi)

Pemain ini antara pemain yang berada dalam prestasi terbaik di Belanda pada musim 2017/18. Beliau adalah pemain yang bertenaga, boleh mencipta dan menjaringkan gol.

Sardar Azmoun (Iran)

Pemain yang digelar Messi Iran ini antara pemain yang menjadi perhatian banyak kelab di liga utama Eropah. Anda tentu masih ingat dengan aksi beliau ketika menentang Bayern Munich.

Sebelum wisel

Jika Sepanyol atau Portugal gagal melepasi kumpulan ini, ianya dianggap satu kegagalan yang besar.

Portugal akan berhadapan dengan Sepanyol pada perlawanan pembukaan kumpulan B iaitu pada 16 Jun 2018.

Jika salah satu pasukan sama ada Iran atau Maghribi mara, ianya akan menjadi salah satu kisah sensasi.

Kami meramalkan Sepanyol dan Portugal akan melepasi kumpulan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN