Klausa Perlepasan Belotti €100 Juta: Contoh Kegagalan Torino Dalam Pasaran

Perniagaan dan bola sepak adalah 2 perkara yang berkait rapat. Anda tidak boleh menguruskan kelab tanpa menjana masuk pendapatan.

Dalam perniagaan dalam bola sepak pula, aktiviti jual beli pemain adalah antara perkara yang penting dalam memberikan keuntungan kepada kelab.

Konsep pembeli atau pejual

Dalam bola sepak ada 2 istilah utama dalam bursa perpindahan iaitu sama ada anda kelab penjual atau anda kelab pembeli.

Dalam menentukan mana satu penjual dan mana satu pembeli biasanya melibatkan status kelab tersebut lebih besar dan kelab mana satu lebih kecil.

Kelab penjual biasanya digelar feeder club. Jangan silap pemahaman tentang feeder club. Dalam istilah jual beli pemain, feeder club adalah kelab yang menjual pemain kerana banyak faktor diambil kira.

Jadi feeder club dalam artikel ini bukan merujuk kepad development club ataupun pasukan simpanan. Sudah pasti alasan utama adalah faktor kewangan untuk mendapatkan hasil jualan pemain untuk dana kelab.

Seterusnya adalah, mengambil kira potensi pemain itu memang tidak ada hati untuk bermain dengan kelab tersebut dan perlu dijual sebelum harga merosot.

Sebagai contoh, dalam kes Liverpool dan Barcelona dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Liverpool kerap menjadi feeder club dalam beberapa siri jual beli pemain.

Bukan bermaksud mereka adalah kelab pembangunan kepada Liverpool tetapi dalam beberapa keadaan mereka berada pada kedudukan kelab penjual.

Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson sendiri pernah memberitahu mereka tidak mahu menjadi feeder club lagi kepada kelab seperti Barcelona dan Real Madrid.

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 17: Sir Alex Ferguson and Arsene Wenger of Arsenal shout instructions from the sidelies during the Barclays Premiership match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on September 17 2006 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Musim lalu, Jose Mourinho memberikan respon kepada media yang mereka lebih kepada kelab pembeli bukan penjual. Memang mereka akan menjual pemain dalam situasi tetentu kerana pemain tiada dalam perancangan.

Tetapi kecenderungan mereka lebih kepada membeli berbanding dengan menjual. Dan apabila berlaku gosip mengaitkan De Gea dengan Real Madrid, Mourinho menyatakan pendirian mereka tidak ada keperluan menjual De Gea.

Manchester United mahu menjadi pembeli pemain berkelas dunia seperti De Gea bukannya menjual pemain berkualiti yag mereka ada.

Dari segi kewangan, Man. United kukuh. Dan dari segi mood pemain, De Gea jelas gembira di Old Trafford.

Kajian Kes Belotti – Valuasi tak realisitik

Nama Andrea Belotti mungkin antara yang agak dilupakan oleh peminat bola sepak musim ini kecuali anda pengikut tegar Serie A.

Pengurusan kontrak Belotti adalah tidak realistik ataupun terlalu dipengaruhi emosi serta keterujaan. Torino mendapat banyak tawaran untuk pemain ini ketika beliau beraksi cemerlang pada musim lalu.

Apa yang berlaku Torino telah menolak kesemua tawaran untuk Belotti termasuk daripada daripada Arsenal dan Chelsea.

Arsenal dilaporkan telah menawarkan £56 juta untuk pemain ini. Manakala Chelsea melakukan beberapa bidaan untuk pemain ini. Bidaan pertam Chelsea dikatakan £63 juta.

Pada April 2017, Torino dikatakan telah menolak bidaan £85 juta daripada Chelsea untuk Belotti. Membuatkan kelab London itu melaburkan wang yang besar kepada Alvaro Morata selepas itu.

Jika dilihat pada rekod Belotti, pada 2016/2017 beliau menjaringkan 26 gol dalam kesemua pertandingan. Itu bukanlah angka yang terlalu luar biasa sebaliknya ia adalah angka peningkatan mendadak oleh Belotti berbanding musim sebelumnya.

2 musim sebelum itu beliau hanya menjaringkan 18 gol secara terkumpul untuk 2 musim. Akibat peningkatan daripada 12 gol kepada 26 gol, Torino mulai melihat potensi mereka ada peluang untuk menjual pemain ini.

Kemudian, bidaan daripada AC Milan tiba untuk pemain ini dengan nilah jauh lebih rendah daripada Chelsea iaitu £39 juta.

Dan ketika ini ramai dikejutkan dengan pengumuman rupa-rupanya pemain ini ada klausa perlepasan bernilai £93 juta ataupun €100 juta untuk pemain yang baru sahaja menjaringkan 26 gol semusim pertama kali.

AC Milan kemudian melancarkan bidaan kedua dan terakhir kerana mereka sudah menuju ke minggu terakhir jendela perpindahan pra-musim. AC Milan tak setuju dengan harga £93 juta oleh Belotti. Dan mereka menawarkan tawaran terakhir, ‘take it or leave it’ dengan nilai £62 juta.

Selepas mendengar klausa perlepasan ini, tiada lagi kelab berani menawarkan harga untuk memebeli Belotti. Chelsea adalah kelab yang menawarkan hanya ‘shortage’ £8 juta daripada klausa perlepasan.

Musim ini pemain ini merosot aksi beliau. Dengan kegagalan Itali bermain di Piala Dunia 2018, membuatkan nilai pada Belotti menurun di mata pembeli.

Kenapa Torino terlalu emosi memasukkan klausa perlepasan €100 juta? Ini kerana mereka melihat pada trend pasaran perpindahan. Ketika itu rekod perpindahan pemain termahal dunia dipegang Paul Pogba dengan £93 juta.

Seterusnya, bidaan daripada kelab Inggeris termasuk Arsenal dan Chelsea serta minat yang ditunjukkan oleh Manchester United pada ketika itu juga memainkan peranan yang penting.

Pada Disember 2017, Belotti mengalami kecederaan lutut yang serius. Itu mengurangkan lagi nilai Belotti di mata pembeli.

Ini adalah beza statistik Belotti untuk pertengahan musim 2016/17 dan 2017/18.

Jelas sekali berlaku penurunan yang ketara dalam semua aspek penting dalam serangan. Lantas media Itali mulai menggelarkan pemain ini hits semusim.

Pandangan Torino tentang harga Belotti pada pasaran semasa

Beberapa bulan lalu, Presiden kelab Urbano Cairo mengakui yang Belotti bukan lagi aset bernilai €100 juta pada hari ini.

Namun beliau percaya Torino melakukan perkara yang tepat dengan memasukkan klausa perlepasan sebesar itu ke dalam kontrak Belotti.

Lihat sahaja harga Ousmane Dembele, Neymar, Mbappe dan Phillipe Coutinho yang bernilai lebih €120 juta. Neymar dibeli dengan klausa perlepasan €222 juta.

Nombor 14

Beliau mengambil contoh Coutinho. Bagaimana Liverpool mendapat €160 juta daripada penjualan pemain tersebut kerana kegilaan pasaran semasa.

“Kami melakukannya kerana spekulasi pada bursa perpindahan pemain. Coutinho dijual €160 juta. Dengan melihat keadaan semasa, kami rasa harga Belotti lebih rendah daripada €100 juta.”

Beliau menerima jika ada kelab lain mahu membeli Belotti dengan harga lebih rendah. Namun Torino tetap ada harga mereka sendiri.

Belotti pula menjadikan alasan, kegagalan beliau beraksi cemerlang, salah satu sebabnya adalah tekanan pada tag harga beliau.

“Saya sentiasa memikirkan isu klausa perlepasan sehingga €100 juta pada kontrak sata. Ini kerana setiap hari saya perlu membuktikan yang saya pemain yang bernilai €100 juta.”

“Hari ini, banyak kelab sanggup membayar harga melampau termasuk €70m-€80 juta atau €100 juta untuk seorang pemain.”

Kenyataan Belotti tentang kegilaan herga itu memang ada betulnya. Tetapi dengan mengambil perbandingan dengan Romelu Lukaku dan Alvaro Morata yang menjadi menjadi pilihan Chelsea dan Man. United selepas itu, anda akan tahu yang Belotti jauh daripada nilai €100 juta.

Lukaku dijual dengan nilai £75 juta dan Alvaro Morata pula dijual dengan harga mencecah £73 juta. Morata dan Lukaku beraksi cemerlang pada musim sebelum datang ke EPL.

Morata ada reputasi yang baik dengan Juventus dan Real Madrid meskipun bergelut untuk menjadi pemain utama.

Rekod gol Lukaku sangat luar biasa. Dan dengan aksi Lukaku pada musim lalu boleh dikatakan memuaskan untuk debut musim pertama bersama kelab seperti Man. United serta aksi dalam pasukan kebangsaan Belgium.

Manchester United’s Belgian striker Romelu Lukaku celebrates after scoring their third goal during the English Premier League football match between Manchester United and Everton at Old Trafford in Manchester, north west England, on September 17, 2017.
Manchester United won the game 4-0. / AFP PHOTO / Oli SCARFF / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Namun begitu ramai masih menyatakan Lukaku masih belum mencapai potensi terbaik beliau untuk harga £75 juta. Anda bayangkan berapa pula harga Belotti selepas tamat musim 2017/18?

Corriere dello Sport tidak rasa yang Belotti bernilai separuh daripada klausa perlepasan beliau iaitu sekitar £46.5 juta.

Sebaliknya Corrier dello Sports menyatakan Torino boleh menjual pemain itu jika ada tawaran £22 juta daripada mana-mana pasukan. Ianya kira-kira suku daripada klausa perlepasan beliau sebelum ini.

Daripada kenyataan Torino, jelas mereka cuba memanipulasi harga dengan spekulasi pada bursa perpindahan pemain. Ini bermakna kemasukan klausa perlepasan £93 juta dalam kontrak Belotti adalah bukan tag harga menunjukkan pemain ini tidak dijual ataupun angka penolakan.

Sebaliknya mereka bermain dengan spekulasi, persepsi yang asasnya adalah teori untuk menjual Belotti dengan harga tinggi. Ya, mereka mahu menjual. Itu bukan angka ‘not for sale’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Torino jelas sekali tidak membina pasukan untuk menjuarai Serie A ataupun lebih aktif membentuk pasukan yang lebih baik.

Musim 2016/17 mereka menamatkan saingan di tangga ke-9 dan tiada bola sepak Eropah untuk musim 2017/18. Dan musim 2017/18 mereka mengulangi pencapaian yang sama.

Mereka melihat trend pasaran perpindahan akan membuatkan ada kelab terus sanggup membayar £93 juta/€100 juta untuk
Belotti terutama sekali ada minat daripada Man. United, Chelsea, Arsenal, Real Madrid yang mencari penggempur dalam pasukan mereka.

Tak lupa juga corak perbelanjaan besar di AC Milan pada pra musim.

Jika mereka merenung kembali bilakah masanya mereka patut menjual Belotti, sudah pastinya ketika tawaran £85 juta Chelsea. Dan mereka mungkin boleh tersenyum menjual pemain ini dengan harga yang sangat besar.

Ibarat kerana nakkan juga £8 juta, mereka telah melepaskan tawaran yang lebih £63 juta daripada valuasi semasa beliau hari ini. Tawaran Chelsea itu tinggi mungkin kerana faktor Itali oleh Conte. Siapa tahu?

AC Milan memberikan talian hayat pada saat-saat akhir jendela pra-musim dengan tawaran £62 juta.

Namun sudah pastinya mereka tak pandang angka itu. Sebenarnya, itu adalah angka tawaran ‘kerosakan’ pada tag harga yang masih menguntungkan mereka. Dalam erti kata lain mereka tidak memainkan peranan sebagai feeder club/kelab penjual sebaiknya. Pada satu fasa mereka seperti buying club pretender dengan menolak harga tawaran yang tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN