Pengurus England, Gareth Southgate mengakui beliau mungkin sukar membuat pilihan menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2018 selepas barisan pemainnya menampilkan aksi memukau ketika menang 2-0 ke atas Costa Rica dalam aksi perlawanan persahabatan kelmarin.
Pada aksi yang berlangsung di Elland Road itu, Marcus Rashford dan Danny Welbeck masing-masing meledak satu gol buat skuad The Three Lions.
WATCH: How far will @England go in Russia? 🇷🇺
"If I look at the three weeks we've had, I couldn't be happier. If you look at the adversity they've faced, it's brought them closer."
Gareth Southgate facing 'serious decisions' ahead of World Cup opener: https://t.co/dgsOy14rVU pic.twitter.com/x5iYcfjQwg
— Sky Sports Football (@SkyFootball) June 8, 2018
Selepas aksi semalam, Southgate berkata, beliau mungkin berdepan dilema dalam memilih kesebelasan terbaik menjelang aksi pembukaan Kumpulan G menentang Tunisia 19 Jun ini.
“Ia semakin sukar dan kami perlu membuat keputusan tepat berhubung kesebelasan utama nanti. Saya meminta semua pemain menampilkan aksi terbaik bagi merebut tempat dan mereka melakukannya pada malam ini (semalam).
“Saya gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan pemain-pemain saya. Walaupun melakukan 10 pertukaran, namun mereka masih mampu mengekalkan corak permainan serta susunan pemain,” kata Southgate.
Dalam pada itu, beliau juga memuji persembahan yang ditampilkan Rashford pada perlawanan tersebut selain menganggap pemain Manchester United itu paling menyerlah.
“Dia (Rashford) sentiasa bekerja keras dan ianya berbaloi. Gol yang dijaringkan olehnya berkelas dunia dan saya gembira untuk melihat dia berada pada prestasi terbaik. Bagaimanapun, persaingan untuk kesebelasan utama tetap sengit,” ujarnya.