Pemain Paling Lama Berkhidmat, Matej Delac Akhirnya Tinggalkan Chelsea

Jika anda peminat Chelsea, anda sendiri mungkin tidak kenal, terlupa ataupun pernah tahu nama Matej Delaj.

Sedangkan beliau merupakan pemain yang paling lama berkhidmat untuk Chelsea di kalangan pemain dalam skuad yang ada pada hari ini.

Delaj pernah dianggap sebagai prospek dalam bola sepak selepas beraksi cemerlang dengan Inter Zapresic. Beliau menyertai Chelsea pada 2009 pada usia 18 tahun, sebaik sahaja kelab itu tamat penggantungan daripada perpindahan selepas kes Gael Kakuta.

Selepas pemergian John Terry ke Aston Villa musim lalu, Delac menjadi pemain yang paling senior dalam skuad Chelsea.

Namun malangnya pemain ini tidak bermain bermain dalam perlawanan kompetitif Chelsea walaupun sekali. Beliau dipinjamkan ke kelab lain sebanyak 9 kali sepanjang 8 tahun di Chelsea.

Perlawanan tunggal beliau dengan Chelsea adalah pada persahabatan pada 2014 untuk 30 minit. Itu sahajalah minit perlawanan tidak kompetitif yang beliau ada.

Kontrak beliau akan berakhir pada hujung bulan ini. Chelsea mengambil keputusan untuk melepaskan beliau lebih awal.

Matej Delaj akan bermain dengan AC Horsen pula selepas ini. Agak iroi, sebelum ini bermain untuk Inter, kali ini denan AC pula. Sudah seperti nama kelab seteru AC Milan dan Inter Milan.

Beliau sudah menandatangani pra kontrak dengan kelab tersebut pada April lalu.

Pada November lalu, Delaj menepis dakwaan bahawa beliau tidak cukup bagus. Delaj berkata:

“Ini bukan soal kualiti saya, kelab Chelsea pun percayakan bakat saya. Sebab itu mereka melanjutkan kontrak saya beberapa kali.”

“Masalah utamanya adalah permit kerja.”

“Chelsea sudah ada perancangan untuk karier saya tetapi ianya tidak berjalan seperti dirancang. Saya tiba pada usia 18 tahun, saya tak mampu menggambarkan perasaan saya ketika itu, ibarat sedang berada di dalam filem.”

“Saya tidak akan pernah lupa kehebatan Chelsea FC, mereka membesarkan saya dan mengajar saya untuk menjadi manusia dan adab dalam bola sepak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN