Pahang Waspada Terhadap Ancaman Dua Fernando

Menjelang perlawanan tumpuan yang melibatkan 2 pasukan teratas Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini, penampilan 2 pemain import baharu JDT bakal menjadi ancaman terbaharu Tok Gajah.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukannya berdepan tugas berat malam ini ditambah lagi masalah kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama.

“Saya perlu akui bahawa Pahang bukan saja berdepan masalah kecederaan, malah prestasi kurang memuaskan biarpun merekodkan dua kemenangan ke atas Kuala Lumpur dan PKNP FC.

“Dengan prestasi semasa JDT termasuk kehadiran pemain import baharu, ia dilihat memberi cabaran besar buat pasukan untuk bekerja keras.

“Tetapi, pemain tidak boleh mengalah, sebaliknya bermain seperti biasa dan memiliki semangat untuk memastikan keputusan positif dicapai,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Issey Nakajima yang beraksi longlai baru-baru ini mahu bangkit dalam perlawanan malam ini. FOTO: Pahang FA

Dollah turut menyifatkan tidak mustahil pasukannya akan mengulangi kemenangan 3-0 ke atas JDT seperti dilakukan pada saingan suku akhir Piala FA April lalu.

“Oleh itu, dengan barisan pemain sedia ada, saya mengharapkan semua pemain yang diberi tugas dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

“Tiada yang mustahil untuk meraih kejayaan dan perkara utama adalah mengekalkan persefahaman sepanjang tempoh perlawanan,” katanya.

Seorang lagi pemain import JDT, Fernando Elizari bakal membuat penampilan pertama malam ini. Beliau dijangka akan berganding dengan Fernando Marquez dan Gonzalo Cabrera.

Dua Fernando itu dibawa masuk bagi menggantikan Harry Novillo dan Jorge Santos yang dilihat gagal menyerlah selepas mengharungi 2-3 perlawanan Liga Super.

Sesi latihan skuad Harimau Selatan sebelum bertemu Pahang malam ini. FOTO: JST

Pengendali JDT, Raul Longhi menjelaskan pemainnya sudah melupakan kekalahan 3-0 kepada Pahang dalam saingan Piala FA lalu dan menganggap keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk aksi liga.

“Kami tahu Pahang akan memberikan tentangan sengit kerana mereka juga mahu terus menghimpit kami di tangga teratas liga. Kami tidak boleh anggap berada di puncak liga akan selamat.

“Sebaliknya, kami perlu beri fokus dalam perlawanan itu dan setiap pemain ada tanggungjawab. mereka perlu komited dan mengelak daripada membuat kesilapan mudah,” katanya.

Selepas 13 perlawanan, skuad Tok Gajah kini berada di tangga kedua liga dibelakang JDT. Kemenangan ke atas JDT akan mengurangkan jurang mata kerana Pahang kini mengutip 24 mata manakala JDT pula selesa di puncak Liga Super dengan 32 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN