9 Kelab EPL Kuasai Senarai 20 Terkaya, Real Madrid & Barcelona Pintas Man. United

Laporan oleh Deloitte menyatakan bahawa Real Madrid sebagai kelab terkaya ketika ini mencatatkan keuntungan luar biasa pada musim lalu. Selain daripada Real Madrid, sebuah lagi gergasi Sepanyol – Barcelona turut berada di atas Man. United.

Manchester United kini berada di tangga ke-3.  Ini selepas mereka gagal untuk menambahkan lagi jumlah pendapatan mereka walaupun mereka sudah kembali ke UCL dan menerima hadiah kemenangan UEL.

Kelab Inggeris dominasi senarai 30 terkaya

Dalam senarai 20 kelab terkaya dikeluarkan oleh Deloitte, 9 daripadanya adalah kelab Inggeris. Begitu juga dalam senarai 30 teratas, 13 daripadanya adalah kelab EPL.

Ini sekaligus menjadikan kelab EPL sebagai paling dominan di dalam senarai. 20 kelab terkaya itu juga mencatatkan pendapatan sekitar £7.4 billion pada musim 2017/18 ataupun kenaikan 6% daripada musim sebelumnya.

Sementara itu untuk senarai 10 teratas, 6 daripadanya adalah kelab EPL. Ini merupakan rekod luar biasa yang dicatatkan oleh pasukan-pasukan daripada sebuah negara.

Real Madrid berada di tangga pertama. Mereka meningkatkan pendapatan lebih £85 juta berbanding dengan musim 2016/17. Ini selepas pada musim 2017/18 Real Madrid mengaut pendapatan £665.2 juta.

Kekuatan kewangan Real Madrid adalah disokong oleh kejuaraan UCL yang berjaya menarik lebih banyak penaja, penjualan cendera mata dan juga berjaya menarik tawaran untuk pra-musim yang ditaja dengan jumlah yang tinggi. Real Madrid musim lalu pernah menjadi kelab pertama menjana pendapatan sebanya €750 juta.

Barcelona berada di tangga ke-2 dengan jumlah pendapatan lebih £611 juta, peningkatan lebih £50m daripada 2016/17. Mereka juga berjaya mendapatkan tajaan mega daripada Rakuten – syarikat dari Jepun.

Barcelona

Manchester United berada di tangga ke-3 dengan keuntungan sebanyak £590 juta. Red Devils mencatatkan pertumbuhan pendapatan agak rendah – iaitu hanya 2% berbanding dengan musim lalu.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 26: Paul Pogba of Manchester United celebrates with team mates Victor Lindelof, Jesse Lingard and Juan Mata of Manchester United after scoring their team’s third goal during the Premier League match between Manchester United and Huddersfield Town at Old Trafford on December 26, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Gergasi Jerman, Bayern Munich berada di tangga ke-4 dengan pendapatan sekitar £504 juta. Kelab paling kaya di Perancis – PSG berada di tangga ke-6 dengan pendapatan £480 juta.

BELGRADE, SERBIA – DECEMBER 11: Neymar (C) of Paris Saint-Germain celebrates after scoring a goal with Thilo Kehrer (L) and Angel Di Maria (R) during the UEFA Champions League Group C match between Red Star Belgrade and Paris Saint-Germain at Rajko Mitic Stadium on December 11, 2018 in Belgrade, Serbia. (Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)

Don Jones dalam kenyataan mereka mengiktiraf, kelab Eropah masih terlalu gah untuk disaingi kelab lain dalam isu kuasa kewangan. Beliau berkata: “Kelab Eropah masih gergasi di pasaram, dengan peningkatan pendapatan meningkat hampir €450 juta [£390 juta].”

“Real Madrid memiliki prestasi kewangan yang sangat luar biasa pada 2017/18. Ianya dibina daripada tradisi dan kejayaan mereka di dalam padang sejak sekian lama. Dan mereka menjuarai 3 UCL secara berturut-turut.”

“Ini yang membantu kelab untuk terus memacu kewangan mereka dengan menarik lebih ramai rakan niaga – yang mahu bersama-sama dengan kelab paling berjaya di Eropah.”

Liverpool positif, Arsenal hilang £30 juta

Kelab Inggeris yang lain; Manchester City kekal di tangga ke-5 dengan pendapatan sekitar £503.5 juta.

Sementara itu, Liverpool pasukan yang naik mendadak daripada tangga ke-9 ke tangga ke-6. Liverpool mencatat pendapatan tertinggi dalam sejarah kelab mereka dengan £455 juta. Salah satu daripada sebabnya adalah kejayaan mara ke final UCL yang memberikan mereka pendapatan lebih £90 juta.

Salah
PARIS, FRANCE – NOVEMBER 28: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool speaks to James Milner of Liverpool and Mohamed Salah of Liverpool ahead of the UEFA Champions League Group C match between Paris Saint-Germain and Liverpool at Parc des Princes on November 28, 2018 in Paris, France. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Chelsea (£448 juta), Arsenal (£389 juta) dan Tottenham Tottenham (£379 juta) masing-masing berada di tangga ke-8, ke-9 dan ke-10. The Gunners hilang pendapatan hampir £30 juta kerana gagal mara ke UCL musim ini. Ini pertama kali Arsenal mencatatkan penurunan pendapatan sejak 1995/96.

Inilah sebabnya Arsene Wenger pernah menyatakan tempat ke-4 (slot UCL) adalah ibarat trofi kepada kelab di EPL.

during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom.

Spurs berjaya meningkatkan pendapatan mereka sebanyak £26.5 juta. Salah satu daripada sebabnya adalah kerana peningkatan kutipan pada hari perlawanan selepas mereka menggunakan Wembley secara sementara. Mereka juga berjaya mara ke UCL dan kini hanya £10 juta di belakang Arsenal.

Juventus jatuh ke tangga ke-11, dengan mengalami kejatuhan angka pendapatan kepada 3% kepada £279 juta. Ini membuatkan tiada kelab Itali dalam senarai 10 teratas pada kali ini. 7 kali kejuaraan berturut-turut dalam Serie A masih belum cukup membuatkan kelab itu lebih kaya.

Sebelum ini Juventus menuntut hak penyiaran yang lebih tinggi untuk mereka daripada Serie A. Sudah tiba masanya Serie A memperkasakan semula liga mereka.

ALLIANZ STADIUM, TURIN, ITALY – 2018/12/29: Cristiano Ronaldo of Juventus FC of celebrates after scoring the opening goal during the Serie A football match between Juventus FC and UC Sampdoria. Juventus FC won 2-1 over UC Sampdoria. (Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)

Kekuatan utama kelab Inggeris adalah kerana hak penyiaran yang sangat tinggi – sebagai liga paling popular di dunia. Jadi, selepas ini tiada alasan untuk beberapa orang penyokong di England yang suka menyerang secara ofensif beberapa penyokong luar England – menggunakan slogan – sila sokong kelab tempatan kamu.

Istilah itu mungkin hanya terpakai untuk mereka yang sama duduk di England. Secara global, audien daripada luar England telah membuatkan kelab-kelab EPL ini kaya raya.

Pengarah Besar Deloitte menjangkakan kelab EPL akan terus mendominasi senarai 30 ataupun 20 teratas sekali lagi pada musim ini berdasarkan prestasi semasa liga itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN