Anda Berminat Bermain 9 Jadian? Aksi Firmino Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

9 jadian adalah terma untuk false no.9. Adakah anda seorang pemain yang bukan penyerang utama tetapi pernah terfikir untuk bermain peranan ini di dalam padang?

Dalam perlawanan menentang Hoffenheim ketika penentuan untuk ke UCL, Firmino diturunkan sebagai 9 jadian. Satu peranan yang biasa untuk beliau. Namun aksi belai di dalam perlawanan ini sangat efektif.

1. Mencipta ruang

Ini adalah ketika Firmino turun ke bawah (drop deep) untuk menerima bola di bulatan tengah. Beliau menghubungkan bola (linking up) dengan pemain di sekitar beliau dengan segera.

Pemain seperti Can menawarkan sokongan untuk menerima bola dan melakukan hantaran ataupun gerakan seterusnya.

Seterusnya adalah, anda harus ada kemampuan untuk mencipta ruang untuk diri sendiri dan juga rakan anda. Ambil tindakan segera untuk tindakan seterusnya.

Ini adalah ketika Roberto Firmino turun ke half-space di blok rendah. Tidak perlu panik ketika terkepung, buat keputusan segera.

2. Jangan malas

Ini aspek paling penting. Anda kini bermai sebagai 9.5 (9 and a half), jadi anda perlu bermain 2 peranan dengan efektif. Pastikan anda sentiasa rajin untuk berlari dan tidak statik selepas melakukan hantaran.

Apabila tiba di zon atas, anda perlu cari posisi dan peranan ‘baru’, jangan fikir anda adalah penyerang utama, jadi anda perlu mengisi kawasan di hadapan penjaga gol. Lihat dah ada rakan di sana, anda rasa tidak perlu untuk naik ke atas lagi.

4. Membuat keputusan

Seorang 9 jadian perlu cepat membuat keputusan. Anda tidak perlu menjadi Lionel Messi untuk mencipta peluan kepada rakan anda dengan cuba menewaskan 5-6 pemain dan melakukan hantaran ‘square’.

Bergerak dan buat keputusan awal sebelum bola tiba di kaki. Ini adalah ketika Firmino melakukan bantuan gol selepas dia menukar peranan ke half-space dan terus melakukan hantaran kepada rakan dengan segera.

5. Teknik tanpa atau ketika dengan bola

9 jadian sememangnya mementingkan aspek tanpa bola. Tetapi ketika dengan bola, anda juga harus ada kemampuan untuk mengawal bola dengan baik.

Sentuhan pertama adalah segalanya untuk membantu anda melakukan tindakan seterusnya dengan berkesan.

Ini ketika Firmino menerima bola daripada Salah dalam kedudukan badan yang terbaik dan dia melakukan sedikit putaran badan dengan kemampuan untuk mengawal bola ketika ditekan.

Beliau terus menghantar bola dengan hantaran pembunuh (killer/penetrative pass) kepada rakan dengan segera.

Rumusan

Seorang pemain yang bermain peranan 9 jadian ini haruslah ada kemampuan yang tinggi dalam aspek larian yang varian. Larian langsung, larian ke hadapan, larian ke dalam dan banyak lagi.

Seterusnya adalah, kadar kerja yang tinggi dan sentiasa bergerak di dalam padang. Ini heatmap Firmino ketika menentang Hoffenheim

Ramai yang memikirkan bermain 9 jadian itu kena ada kelincahan yang tinggi seperti Messi. Tidak! Anda harus ada kemampuan yang baik dengan memahami fungsi anda di dalam padang.

Legenda Francesco Totti pun tidak perlu menggelecek dengan footwork  selaju Messi. Tetapi beliau tetap efektif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN