Kepada wanita, ini nasihat kami. Jangan beri kuasa 100% kepada suami anda untuk memberi nama anak jika dia seorang peminat bola sepak tegar.
Inilah yang dialami oleh seorang wanita dari New South Wales, Australia.
Beliau yang hanya menyedari selepas 2 tahun, bahawa nama Lanesra yang diberi oleh si suami kepada anak perempuan mereka adalah nama pasukan bola sepak kegemaran suaminya, Arsenal yang dieja secara terbalik.
Kepada si bapa, kami tabik keberanian anda. Kepada si ibu, bertabahlah seperti 10 lagi isteri yang terpaksa berhadapan dengan fakta bahawa anak mereka dinamakan sempena sukan bola sepak.
1. YNWA
Kami pernah menulis artikel ini beberapa bulan lepas. Ia mengenai sepasang suami isteri, yang juga penyokong tegar Liverpool dari Norway yang menamakan anak perempuan mereka YNWA (disebut Yi-nwa).
2. Paula St John Lawrence Lawler Byrne Strong Yeats Stevenson Callaghan Hunt Milne Smith Thompson Shankly Bennett Paisley O’Sullivan
Jika anda rasa nama YNWA sudah cukup gila untuk seorang kanak-kanak perempuan, bagaimana pula dengan Paula St John Lawrence Lawler Byrne Strong Yeats Stevenson Callaghan Hunt Milne Smith Thompson Shankly Bennett Paisley O’Sullivan?
Pada 1966, seorang bapa menamakan anak perempuannya sempena semua nama anggota skuad Liverpool yang memenangi FA Cup pada 1965. Termasuklah nama pengurus Liverpool dan 2 staf pembantunya.
Kini anak perempuannya sudah berusia 49 tahun dan hanya dikenali sebagai Paula O’Sullivan.
3. Bermondsey Millwall Den Bloomfield
Seorang penyokong Millwall mengambil langkah lain dengan merahsiakan pemergiannya ke pejabat pendaftaran daripada isterinya untuk mendaftar nama stadium dan lokasi kelab Millwall, Bermondsey Millwall Den Bloomfield sebagai nama anaknya.
Beliau bernasib baik kerana isterinya suka dengan nama anak baru mereka.
4. Jensen Jay Alexander Bikey Carlisle Duff Elliott Fox Iwelumo Marney Mears Paterson Thompson Wallace
Seperti penyokong Liverpool di no.2, seorang penyokong Burnley membuat keputusan sama.
Beliau menamakan anaknya, Jensen Jay Alexander Bikey Carlisle Duff Elliott Fox Iwelumo Marney Mears Paterson Thompson Wallace, sempena nama 14 pemain Burnley yang bermain ketika menentang Nottingham Forest pada 2011.
5. Pirlo Kayal
Pemain tengah Israel dan Brighton & Hove Albion, Beram Kayal menamakan anak sulungnya sempena nama maestro tengah Itali, Andrea Pirlo.
6. Leandro Lampard Martins Guedes
Sebelum perlawanan persahabatan antara England dan Brazil, media Brazil menemui seorang bayi lelaki berumur setahun yang mempunyai nama unik: Lampardinho atau nama penuhnya, Leandro Lampard Martins Guedes.
Menurut bapanya (yang juga penyokong tegar Chelsea), idea nama tersebut timbul selepas anaknya lahir pada 24 April 2012 – hari sama Chelsea menumbangkan Barcelona dalam Champions League.
7. Zinedine Yazid Zidane Thierry Henry Barthez Eric Felipe Silva Santos
Seorang lagi kanak-kanak Brazil berusia 8 tahun terpaksa berdepan kenyataan beliau mempunyai 3 nama lagenda Perancis dalam namanya.
Kanak-kanak tersebut yang mesra dipanggil Zidane, masih tidak mampu menyebut namanya sendiri dengan betul. Maka tak hairanlah, pada 2014 dia memberitahu media Brazil:
“Saya tak kenal sangat 3 pemain tersebut. Saya tak minat main bola.”
8. Muhammad Ozil Isqandar
Seorang lelaki tak menyangka gurauan abangnya untuk menamakan anaknya Ozil, sempena pemain tengah Arsenal, betul-betul dilaksanakan.
"@anakBahruji: Kau tgk punya sengal.abang aku ni. Betul betul dia letak nama anak ozil. Haha pic.twitter.com/sRIKN0sY9t"
nice !
— Bugs Bani 🐰 (@oprabbani) March 19, 2014
Baca juga: 11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium