74,038 Tiket Malaysia Menentang Indonesia Sudah Terjual, Tiada Kaunter Dibuka Di SNBJ

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini mengesahkan sejumlah 74,308 tiket perlawanan Malaysia menentang Indonesia yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun terjual.

Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe akan melayan kunjungan Indonesia di perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada 19 November (Selasa) hadapan.

Menurut kenyataan daripada FAM itu, hanya sedikit sahaja baki iket yang belum terjual setakat ini.

Kesemua tiket tersebut masih boleh didapati secara atas talian melalui www.tickethotline.com.

FAM juga berkata tiada kaunter tiket akan dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan sekiranya tiket tersebut habis terjual secara atas talian.

Dalam perkembangan lain, FAM juga dikatakan telah menghantar permohonan rasmi kepada pihak Prasarana untuk melanjutkan tempoh operasi dan LRT dan MRT pada hari tersebut.

Ini bagi memudahkan ribuan penyokong kedua-dua pasukan untuk pulang selepas tamat perlawanan. Bagi mengelakkan kesesakan, penyokong juga dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia yang masih segar dari kejayaan menewaskan Thailand pada Khamis lalu mensasarkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini demi memastikan cabaran untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia terus hidup.

Indonesia yang masih gagal mengutip sebarang mata setakat ini juga memerlukan kemenangan demi ‘survival’ pasukan di dalam saingan Kumpulan G ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN