FAM & PDRM Nasihat Jangan Jual Tiket Tuan Rumah Kepada Penyokong Lawan

FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui satu kenyataan oleh Setiausaha Agung badan pada pagi ini menasihatkan penyokong pasukan negara agar tidak menjual atau memberikan tiket mereka kepada penyokong pasukan lawan.

Kenyataan tersebut tiba selepas baru-baru ini FAM dan PDRM mendapati terdapat limpahan penyokong Thailand yang memperolehi tiket perlawanan – melebihi kuota ditetapkan – ketika perlawanan pasukan negara menentang skuad Gajah Perang tempoh hari.

Menurut kenyataan tersebut, penyokong pasukan lawan sepatutnya diperuntukkan 2,500 tiket sahaja. Namun dalam perlawanan pada Khamis lalu, sejumlah 5,000 penyokong skuad Gajah Perang dianggarkan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam stadium pada hari perlawanan, Selasa ini,” ujar Stuart melalui kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut lagi, penyokong tuan rumah sudah diperuntukkan sejumlah 4,500 tiket dan akan dikendalikan sendiri oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI).

Menurut Stuart, kejadian menjual tiket perlawanan kepada penyokong lawan adalah berpunca daripada sikap segelintir warga bola sepak Malaysia sendiri yang telah ‘membantu’ penyokong pelawat membeli tiket menggunakan kuota kawasan tempat duduk penyokong tuan rumah (Malaysia).

Perkara ini menyukarkan pihak keselamatan di stadium untuk menempatkan penyokong pelawat di bahagian yang telah dikhaskan.

Perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia yang digelar ‘Derbi Serumpun’ seringkali berlangsung di dalam keadaan ‘panas’.

Pada perlawanan pertama membabitkan kedua-dua buah pasukan di Stadium Gelora Bung Karno pada September lalu, penyokong pasukan negara yang menghadiri perlawanan tersebut telah dilontar dengan pelbagai objek keras, sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Perlawanan turut dihentikan seketika oleh pengadil selepas terdapat segelintir penyokong Indonesia cuba menceroboh bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN