7 Perkara Yang Menjadi Tumpuan Dalam Perlawanan England Menentang Slovenia

England

Jaringan lewat daripada ketua pasukan, Harry Kane berjaya memimpin England mengesahkan slot untuk ke Piala Dunia Russia 2018 pada Jun tahun hadapan.

Kejayaan tersebut menjadikan England bakal membuat penampilan ke-15 dalam saingan bola sepak berprestij di dunia itu.

Ketika Scotland berjaya menumpaskan Slovakia di Glasgow, keadaan di Wembley seakan-akan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun sentuhan minit akhir perlawanan dari Harry Kane berjaya menggembirakan penyokong yang hadir bagi meraikan kejayaan layak ke Russia itu.

Terdapat tujuh perkara menarik yang dapat disimpulkan daripada perlawanan menentang Slovenia ini, antaranya ialah :

1) England berjaya menyelesaikan tugasannya

Englang telah melakukannya untuk layak ke Piala Dunia 2018 dengan rekod tanpa kalah berbaki satu perlawanan lagi untuk ditempuhi mereka untuk bertemu Lithuania nanti.

Di sebalik kejayaan itu, Gareth Southgate beranggapan anak buahnya mempamerkan aksi di bawah tahap sebenar.

Kejayaan menumpaskan Slovenia ini dilihat oleh beliau sama seperti kemenangan yang dicatatkan keatas Malta dan Slovakia pada bulan lalu dimana England gagal mempamerkan penguasaan dan bola sepak yang menarik, bagi membuktikan kepada para pengkritik bahawa pasukannya mampu untuk pergi jauh di Russia nanti.

2) Rekod tanpa kalah England

England berjaya mencatatkan tujuh kemenangan daripada sembilan perlawanan yang dilalui mereka dalam saingan kelayakan kali ini.

The Three Lions mencatatkan keputusan dalam dua perlawanan lagi dimana England diikat Slovenia dan Scotland. Kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang lawan.

Kali terakhir England tewas dalam saingan Kelayakan Piala Dunia dan juga Kejuaraan Eropah adalah pada tahun 2009 apabila tumpas kepada Ukraine.

3) Kehadiran penonton yang paling sedikit selepas tiga tahun

Sekitar 62,000 orang penyokong hadir memberikan sokongan pada perlawanan ini dan jumlah itu merupakan jumlah terendah dicatatkan sejak dari Kelayakan Kejuaraan Eropah 2016 bertemu San Marino pada Oktober 2014.

Perlawanan pertama di tempat sendiri selepas episod duka gagal melepasi peringkat kumpulan dalam aksi Piala Dunia 2014 di Brazil.

4) Sekali lagi Harry Kane menjadi hero buat pasukan

Selepas berjaya menghasilkan 13 jaringan pada bulan September, Kane sekali lagi menjadi hero pada perlawanan pertama buat England pada bulan Oktober ini setelah berjaya menyudahkan hantaran cantik dari Kyle Walker pada masa kecederaan untuk membawa Enagland ke Piala Dunia.

Beliau membalas kepercayaan yang diberikan Southgate kepadanya diatas pengiktirafan sebagai ketua pasukan pada perlawanan ini.

Sekiranya beliau terus menyinar sehingga musim panas nanti (Jun 2018), Kane akan menjadi harapan besar buat England.

5) Hart mendapat kredit dengan prestasi baiknya

Joe Hart berjaya melakukan menyelamatkan dua percubaan berbahaya yang dilakukan Slovenia pada perlawanan ini.

Percubaan pada minit ke-10 perlawanan dimana Hart berjaya menjatuhkan badan bagi menafikan peluang keemasan yang dimiliki Josip Ilicic yang tidak dikawal pertahanan England ketika itu.

Hart juga bertindak cemerlang bagi menggagalkan usaha yang dicipta Slovenia pada minit ke-82 perlawanan.

Selepas 9 perlawanan dilalui, gawang yang dikawal rapi oleh beliau hanya dibolosi tiga jaringan iaitu ketika bertemu Scotland (2 g0l) dan Slovakia (1 gol).

6) Rashford menyinar

Sebelum jaringan Kane menjelma, Rashford menjadi pemain paling efektif buat England. Pemain muda dari Manchester United ini berjaya mencipta beberapa gerakan menarik bagi mengkucar-kacirkan jentera pertahanan Slovenia.

Pada awal babak pertama juga beliau berjaya memberikan kesukaran buat Aljaz Struna untuk mengawal pergerakan beliau yang sentiasa memberikan ancaman sehinggakan pada satu ketika Rashford berjaya melakukan ‘nutmeg’ terhadap pemain pertahanan tersebut .

7) Oxlade-Chamberlain bergelut dengan prestasinya

Southgate membuat kejutan apabila membariskan Oxlade-Chamberlain sebagai kesebelasan utama dan ternyata pemain Liverpool ini kurang memberikan sumbangan berkesan buat pasukan.

Oxlade-Chamberlain hanya mampu melakukan 30 sentuhan terhadap bola, menjadi pemain kedua yang paling sedikit membuat sentuhan selepas Harry Kane.

Beliau kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-64 dan digantikan dengan Jesse Lingard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN