Saya Kini Merupakan Pengurus Yang Lebih Baik – Jose Mourinho

Jose Mourinho

Jose Mourinho menyifatkan tugas sebagai pengurus di Manchester United merupakan kerjaya terbaik yang dikecapi sepanjang pembabitannya dalam bola sepak.

Mourinho memasuki tahun kedua beliau dalam membimbing United selepas berkhidmat di beberapa pasukan seperti Chelsea, Real Madrid, Inter Milan dan Porto.

Selepas berjaya memenangi dua kejuaraan utama dalam tahun pertama beliau bersama Manchester United, Mourinho percaya kini beliau menjadi seorang pengurus yang lebih baik berbanding ketika bersama pasukan-pasukan terdahulu.

”Saya adalah pengurus yang jauh lebih baik ketika ini, kerana saya berjaya mengendalikan emosi saya dengan cara yang berbeza.”

”Saya rasa lebih matang berbanding dahulu,” kata Mourinho kepada media Portugal, Record.

Selepas hanya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris 2016-17 ditempat ke-6, Mourinho sedang menikmati permulaan yang meyakinkan apabila United kini bersama-sama Manchester City memimpin carta liga dengan mencatatkan 19 mata, City hanya berkelebihan defisit jaringan berbanding United.

MOSCOW, RUSSIA – SEPTEMBER 27: Romelu Lukaku of Manchester United celebrates after scoring his second and his sides third goal during the UEFA Champions League group A match between CSKA Moskva and Manchester United at WEB Arena on September 27, 2017 in Moscow, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Jose Mourinho yang berjaya membawa masuk penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku pada musim panas mungkin cukup gembira dengan prestasi yang ditunjukkan apabila Lukaku berjaya menghasilkan 10 gol daripada 11 perlawanan Manchester United setakat ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan positif pada prestasi Lukaku, Mourinho berkata : ”Saya tidak mahu bercakap tentang kemajuan (perkembangan) ini kerana jika saya mengulasnya, ia kelihatan seperti kami melakukan sesuatu yang luar biasa dalam tempoh tiga bulan, sesuatu yang tidak dilakukannya (Lukaku) dalam sepanjang kerjayanya.”

Sumber :

Manchester Evening News (2017) – http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/football-news/manchester-united-manager-jose-mourinho-13723530

Fotball 365 (2017) – http://www.football365.com/news/mourinho-im-a-better-coach-at-united-than-anywhere-else

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN