Nota: Artikel ini adalah sambungan kepada artikel 7 Pemain Yang Mencipta Skill Mereka Sendiri: Zlatan, Quaresma, Berbatov, Zidane.
8. Rivelino (Brazil)
Skill: Elastico / la culebrita / flip flap
Perancang Brazil, Rivelino mula-mula memperkenalkan skill ini kepada seluruh dunia ketika kempen Piala Dunia 1970.
Bagaimanapun menurut Rivelino, skill elastico ini dicipta oleh rakan sepasukannya di Corinthians, Sérgio Echigo. “Saya hanya menyempurnakan skill itu saja,” kata Rivelino dalam satu temuramah pada 2012.
Skill ini kembali popular pada era 90-an dan 2000 apabila Romário, Ronaldo dan Ronaldinho kerap menggunakan skill ini untuk menewaskan pemain lawan dalam situasi 1 lawan 1.
9. Kerlon (Brazil)
Skill: Seal dribble / drible da foquinha
https://www.youtube.com/watch?v=8uu45BcU1xE
Karier Kerlon mungkin tidak menyerlah seperti yang diharapkan media Brazil pada awal 2005.
Tetapi beliau akan sentiasa diingati kerana mencipta dan mempopularkan seal dribble – seni membawa bola dengan kepala sambil berlari.
10. Cuauhtémoc Blanco (Mexico)
Skill: Cuauhtemiña
Mula diperkenalkan kepada dunia oleh Blanco pada kempen Piala Dunia 1998, skill ini sangat ringkas tapi sangat menarik perhatian penonton.
Malah ia juga efektif untuk membawa bola keluar daripada kawalan 2 atau 3 pemain lawan, sesuatu yang sering Blanco hadapi kerana beliau sering dikawal ketat oleh pasukan lawan.
11. Lionel Messi (Argentina)
Skill: The body feint / the shoulder feint
Less is more. Dalam skill yang kerap digunakan oleh Lionel Messi ini, pepatah itu sangat benar.
Tanpa step over yang kompleks seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi masih mampu menewaskan pemain lawan dalam situasi 1 lawan 1 dengan skill ringkas ini.
Secara asasnya, Messi akan melakukan 1-2 feint yang pantas untuk memaksa pemain lawan meletakkan seluruh berat badannya kepada satu kaki, sebelum memecut dengan la croqueta – skill yang dipopularkan oleh Andres Iniesta.
12. Yannick Bolasie (Republik Congo)
Skill: Bolasie 360 flick
Semuanya bermula ketika Crystal Palace menentang Tottenham Hotspur.
Pemain sayap Palace, Yannick Bolasie yang dikepung oleh Christian Eriksen di sayap kiri memusingkan badannya sebelum menyudahkan pusingannya dengan menyungkit bola melepasi kawalan Eriksen.
Skill itu sangat unik sehingga ia dijadikan skill baru dalam permainan video FIFA 15.
13. Antonin Panenka (Republik Czech)
Skill: Panenka penalty
Dalam final EURO 1976 di Yugoslavia, Czechoslovakia dan Jerman Barat perlu berentap dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.
Antonin Panenka merupakan pengambil sepakan penalti ke-5 Czechoslovakia. Jika Panenka menjaringkan gol, negaranya bakal menjadi juara Eropah.
Walau berdepan dengan tekanan mesti score, Panenka dengan tenang menyungkit bola ke tengah ketika penjaga gol Jerman Barat, Sepp Maier terbang ke kiri.
14. Thierry Henry (Perancis)
Skill: Fake shot/pass
Pada zaman kegemilangannya, Thierry Henry lebih dikenali dengan kelajuan, kekuatan fizikal dan ketajaman skil penyudahnya. Tetapi ada satu skill yang beliau gemar guna iaitu fake shot/pass.
Skill ini memerlukan kerjasama rakan sepasukan Henry untuk berjaya. Tetapi berkesan untuk mengalih perhatian pemain lawan untuk mencipta ruang buat pemain lain.