Baru tujuh minit beraksi, Brendan Gan berjaya meledak gol pertama untuk skuad Selangor ketika bertemu Sarawak United hari ini.
Para peminat agak terkejut ketika melihat nama Brendan Gan tersenarai dalam senarai kesebelasan utama Selangor.
Selepas sekian lama tidak beraksi, jelas sekali ramai peminat yang benar-benar merindukan aksi pemain kebangsaan Malaysia itu.
💬 "Football is one of my big loves in life, and when I'm out there on the field, there is no better feeling."
Komen ketua pasukan @selangorfc, @brendan_gan menjelang penampilan pertamanya musim ini.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/3wym7UYhFy
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 19, 2022
Brendan Gan sendiri turut tidak sabar untuk membuat kemunculan pertama beliau pada musim ini dengan beliau sebelum perlawanan telah menyatakan bahawa:
“Bola sepak merupakan hal paling saya sayang dalam hidup saya, dan ketika saya berada di luar sana di atas padang, tak ada perasaan lebih hebat dari itu.”
Jelas Brendan Gan menjelang aksi bertemu Sarawak United hari ini
Gan hanya memerlukan tujuh minit untuk buka akaun gol dalam saingan Liga Super musim ini
Beliau tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan bersama skuad Selangor dengan beliau berjaya merobek gawang Sarawak seawal minit ke-7 permainan.
Quentin Cheng membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Sarawak sebelum melorongkan bola ke tengah mencari pemain penyerang.
7' GOL | Brendan Gan! Kapten Selangor FC menjaringkan gol pendahuluan di Stadium MBPJ!@selangorfc 1-0 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/jCChAJIaC4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 19, 2022
Bola hantaran Cheng terbias terkena kaki S. Veenod sebelum tiba betul-betul di hadapan Gan yang kemudiannya melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Sarawak.
Bola padu rembatan Gan itu jelas sekali gagal diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak, Sharbinee Alawee.
Ketika artikel ini ditulis, Selangor sudah berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0 selepas kedua-dua pasukan beraksi selama 45 minit.
Hyuri Henrique dan Herlison Caion masing-masing berjaya menjaringkan satu gol untuk skuad Selangor mendahului Sarawak 3-0 pada aksi babak pertama permainan.
Peminat terharu melihat aksi Brendan Gan
Ketika skuad Malaysia berjaya layak ke Piala Asia 2023, ramai peminat yang sangat berharap agar Gan akan kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
23' GOL | Hyuri menanduk masuk sepakan penjuru Mukhairi Ajmal untuk gol kedua Selangor!@selangorfc 2-0 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/R0vTrapers
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 19, 2022
45' GOL | Caion menyudahkan hantaran Hein Htet Aung untuk gol ketiga!@selangorfc 3-0 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/aFDud5WWNj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 19, 2022
Peminat merasakan yang Gan merupakan antara pemain yang boleh diharapkan dan kehilangan beliau benar-benar dirasai oleh peminat.
Kerana itulah ramai yang teruja dan terharu ketika melihat nama beliau ada dalam senarai kesebelasan utama Selangor bertemu Sarawak hari ini.
Semoga saja beliau akan mampu konsisten pamerkan aksi persembahan terbaiknya bersama skuad Selangor, seterusnya membantu beliau untuk diserap masuk ke skuad Harimau Malaya.