1. LiveScore (Percuma, iOS, Android)
App pertama yang mesti ada dalam telefon pintar peminat bola sepak. Sama ada anda mahu melihat keputusan terkini Liga Perdana Inggeris atau Divisyen Kedua Belarus, semuanya ada dalam app ini.
Sayangnya servis LiveScore masih belum meliputi liga bola sepak di Malaysia.
Selain keputusan terkini, LiveScore juga menyediakan kemaskini kad kuning, kad merah, kesalahan (fouls) dan nama penjaring (beserta pembantu jaringan).
Selain bola sepak, LiveScore juga memberikan keputusan terkini kepada sukan hoki, bola keranjang, tenis dan kriket.
UI (user experience) LiveScore masih boleh diperbaiki lagi, tetapi bagi sebuah app yang percuma, LiveScore sudah cukup baik dalam tugasnya.
2. FotMob (Percuma, iOS, Android)
Jika LiveScore adalah 2013 Scion FR-S, FotMob adalah Porsche Cayman.
Seperti LiveScore, FotMob juga memberikan keputusan perlawanan terkini, tetapi UI FotMob jauh lebih cantik dan mesra pengguna.
Tidak seperti LiveScore yang hanya memberi komentar teks kepada perlawanan besar sahaja, FotMob juga memberikan komentar teks kepada hampir 500 perlawanan setiap minggu.
Berita-berita terkini bola sepak juga boleh didapati melalui app ini. Malah anda boleh mengetahui senarai kesebelasan utama pasukan, rekod pertemuan dan statistik selepas perlawanan.
Selain itu, FotMob juga membolehkan anda menetapkan pasukan kegemaran anda sendiri. Jadi setiap kali perlawanan melibatkan pasukan kegemaran anda bermula, tamat dan mempunyai gol, FotMob akan menghantar notifikasi kepada anda.
Seperti LiveScore, servis FotMob juga tidak meliputi liga bola sepak Malaysia. App ini juga masih belum mampu menyediakan jadual siaran langsung perlawanan di Astro.
Mungkin app developer tempatan boleh mengambil kesempatan ini untuk memenuhi kehendak majoriti peminat bola sepak Malaysia.
3. Forza Soccer (Percuma, iOS, Android)
Seperti LiveScore dan FotMob, Forza juga melakukan perkara sama – menghantar notifikasi penting yang melibatkan pasukan pilihan anda, membekalkan berita dan data statistik ringkas.
Cuma ia lebih popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana kebolehannya membuat liputan keputusan Liga Super.
Forza masih belum mampu membuat liputan keputusan Liga Perdana dan Liga FAM. Sekali lagi, kami memanggil app developer tempatan untuk memenuhi permintaan peminat bola sepak Malaysia.
Keunikan Forza terletak kepada kebolehannya untuk menyediakan platform untuk peminat bola sepak menyuarakan pendapat mereka. Sebagai pengguna, anda boleh memilih pemain terbaik perlawanan, meramal juara liga dan penjaring terbanyak semusim.
Malah anda juga boleh menilai prestasi kerja pengurus pasukan, pengerusi kelab dan keseluruhan pasukan!
4. Fantasy Football Manager, FPL (Percuma, Android)
App yang wajib jika anda bermain Fantasy Premier League. Daripada membayar RM7.40 untuk app yang rasmi, sekumpulan app developer dari India membangunkan app ini sebagai alternatif yang percuma kepada anda.
App ini membantu anda melakukan segala-galanya untuk pasukan Fantasy Premier League anda dari telefon pintar. Malah berdasarkan reviu di Play Store, persembahan app ini dikatakan lebih baik daripada app rasmi yang berbayar.
Ciri tambahan ‘The Scout’ di dalam aplikasi ini membantu anda membaca analisis yang dilakukan oleh pakar-pakar Fantasy Premier League.
Dalam kesempatan ini, kami ingin mengajak anda untuk menyertai Liga Semuanya BOLA. Kami akan menyediakan hadiah bulanan dan keseluruhan kepada pengumpul mata paling banyak. Kod untuk menyertai liga kami adalah: 904751-229510.
5. FourFourTwo Stats Zone (Free, iOS, Android)
Jika anda lebih berminat untuk mengetahui jumlah hantaran berjaya dan gagal yang dilakukan oleh Marco Veratti daripada keputusan perlawanan Paris Saint-Germain, app ini adalah untuk anda.
Seperti LiveScore, Forza dan FotMob, app ini juga memberikan maklumat keputusan terkini perlawanan di liga dan kejuohanan utama Eropah, tetapi keperincian data statistik yang dibekalkan app ini sangat mengagumkan.
6. Player Card (Percuma, Google Chrome extension)
Okay. Kami tahu ini bukan app untuk telefon pintar. Tetapi kami masukkan Player Card dalam senarai ini kerana ia memudahkan hidup peminat bola sepak dan sangat cool.
Player Card adalah web extension (seperti AdBlock dan Hola!) yang perlu anda install dalam Google Chrome anda.
Sebaik sahaja anda install Player Card, anda hanya perlu menghalakan pointer mouse anda kepada nama pemain bola sepak dan ia akan memberikan maklumat pemain tersebut daripada Wikipedia.
Ini bermakna, dengan Player Card, anda tak perlu membuat carian manual di Wikipedia untuk mendapatkan info pemain.
Sebaliknya, Player Card akan highlight setiap nama pemain yang muncul di Google Chrome dan maklumat pemain tersebut akan terpampang sebaik sahaja anda menghalakan pointer mouse kepada nama pemain.
Player Card boleh dimuat turun di sini.
Contoh:
7. Semuanya Bola (Percuma, Android)
App ini dibangunkan untuk memberikan notifikasi kepada anda sekiranya kami ada artikel terbaru.
Ini bermakna anda tak perlu sentiasa berulang-alik ke fanpage, Twitter dan laman web kami untuk mengetahui jika kami ada artikel baru.
Buat masa ini, kami hanya menyediakan kemudahan ini untuk pengguna Android sahaja. Bagaimanapun, app kami juga bakal dibangunkan di platform iOS dalam masa terdekat.
App Semuanya BOLA boleh dimuat turun di sini.
Baca juga: CERITA 7 JURULATIH YANG MENEMUI BAKAT 7 PEMAIN BERTARAF DUNIA