Saingan peringkat 16 pasukan UEL musim ini menyaksikan pertemuan di antara AC Milan dan Arsenal. Ia mengimbau kembali beberapa pertemuan yang diingati di antara kedua-dua pasukan.
1. Lilitan hitam Highbury 1995
Perlawanan hari ini seakan-akan mengulangi peristiwa perlawanan final Piala Super Eropah pusingan pertama. AC Milan ketika itu turun dengan lilitan hitam kerana menghormati kematian penyokong Genoa, Vincenzo Spagnolo.
Keputusan berakhir dengan 0-0. Hari ini Milan akan mengingati pemergian bekas pemain mereka sendiri iaitu Davide Astori yang menghembuskan nafas terakhir minggu lalu.
2. Milan juara dengan jersi ketiga
2 jaringan daripada Boban dan Masaro, masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua, membolehkan AC Milan menang dalam perlawanan final ke-2 di San Siro.
Arsenal adalah pasukan yang lebih baik ketika itu. Milan memakai jersi ke-3 mereka untuk perlawanan final Piala Super Eropah pusingan kedua pada Februari 1995.
AC Milan ketika itu dibimbing oleh Fabio Capello, manakala Arsenal masih dibimbing George Graham.
3. Maldini vs Adebayor , Emirates 2008
Ini antara pertembungan sengit di antara AC Milan dan Arsenal. Milan turun dengan status juara bertahan. Pertemuan kali ini adalah dalam pusingan 16 pasukan akhir pada UCL 2008.
Dida terpaksa disisihkan kerana masalah kecergasan. Penjaga gol kedua, Kalac pula tercedera pada jari. Milan awalnya menyediakan Valerio Fiori sebagai bakal penjaga gol utama untuk perlawanan itu.
Namun pada saat saat akhir, Carlo Ancelotti menyenaraikan Kalac selepas pemain itu meminta untuk bermain. Pertarungan hari itu menyaksikan Maldini berhempas pulas melindungi penjaga gol beliau.
Adebayor dalam prestasi dan reputasi terbaik. Arsenal bermain baik menentang Milan dan memberikan masalah besar kepada Maldini dan Nesta. Adebayor hampir menjaringkan gol kemenangan lewat namun tandukan beliau terkena palang.
Perlawanan di Emirates berakhir 0-0. Ia bakal ditentukan pada perlawanan kedua di San Siro.
4. Arsenal menang di San Siro 2008
Dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 terakhir, UCL 2008, Arsenal menang 0-2 di San Siro. Gol kemenangan Arsenal adalah menerusi jaringan pembukaan Fabregas dan juga gol di masa kecederaan oleh Adebayor.
Itu adalah kemenangan pertama pasukan dari England di San Siro. Ianya kekal antara perlawanan paling diingati peminat pasukan Arsenal. AC Milan ketika itu adalah pasukan yang sangat kuat.
Saksikan rangkuman 2 perlawanan itu di sini:
5. Milan 4 Arsenal 0, 2012
2 gol Robinho dan 2 gol dari Ibrahimovic menyaksikan Rossoneri menang 4-0 ke atas Arsenal dalam pusingan 16 terakhir UCL pusingan pertama di San Siro.
Van Persie antara watak yang sangat menyerlah sepanjang musim, namun beliau gagal menewaskan Abbiati. AC Milan dibimbing oleh Allegri menyaksikan mereka ada pemain handalan seperti Thiago Silva, Seedorf, Ibrahimovic, dan Robinho.
Arsenal pula memiliki nama-bnama seperti Van Persie, Rosicky dan Vermaelen yang masih dalam prestasi baik ketika ini. Henry turut bermain dalam musim di mana beliau dipinjam sempena rehat MLS.
6. Arsenal 3 Milan 0
Perlawaan timbal balik di Emirates menyaksikan Arsenal menjaringkan 3 gol pada separuh masa pertama dalam usaha mereka mengejar agregate 4-0 daripada perlawanan pertama.
Namun malangnya pada separuh masa kedua, aksi Abiati menjadi penyelamat AC Milan. Arsenal gagal mendapatkan 1 gol yang mereka cari pada separuh masa kedua. Abbiati turut menyelamatkan percubaan bahaya Van Persie.
Sebelum wisel
Hari ini, 2 pasukan ini akan bertemu sekali lagi. Gattuso pastinya watak yang menjadi perhatian. Beliau berpengalaman dalam perlawanan ini sebagai pemain.
Hari ini beliau akan menjadi pengurus yang akan berhadapan dengan Arsene Wenger. Siapa akan menang?