6 Perkara Daripada Kemenangan Liverpool Ke Atas Fulham

Liverpool berjaya menang 2-0 ke atas Fulham di Anfield dalam pertemuan yang didominasi oleh The Reds. Ini adalah 6 perkara yang kami gariskan.

1. Permulaan terbaik

Liverpool kini masih belum kalah selepas 12 perlawanan EPL.  Jurgen Klopp memuji aksi anak buahnya selepas berjaya mendapat mata luar biasa daripada 12 perlawanan.

Liverpool mengutip 30 mata setakat ini. Ia juga menandakan rekod permulaan paling cemerlang Liverpool dalam EPL.

2. Prestasi Shaqiri

Shaqiri tidak dibawa ke Belgrade dalam perlawanan sebelum ini atas sebab keselamatan. Beliau berada dalam prestasi terbaik. Dalam 6 perlawanan terakhir beliau sudah mencetak 3 bantuan gol dan menyempurnakan 2 gol.

Dalam perlawanan ini – beliau mencipta beberapa peluang gol. Shaqiri menyempurnakan hantaran daripada Robertson – seorang lagi pemain yang cemerlang.

3. Ancaman Mitrovic

Walaupun Fulham hanya ada penguasaan bola sekitar 27% – namun pemain berbadan tegap ini menjadi ancaman utama Liverpool. Beliau mencipta peluang yang membolehkan Ryan Sesegnon berada dalam 1 lawan 1.

Beliau kemudian melakukan 2 percubaan gol yang bahaya. Salah satu daripadanya dikatakan ofsaid oleh penjaga garisan.

4. Serangan balas 14 saat

14 saat adalah tempoh yang diambil oleh Liverpool untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi serangan balas daripada Alisson kepada Alexander Arnold dan kemudiannya disudahkan oleh Mohamed Salah.

Ianya berpunca daripada situasi pemain Fulham sedang terleka selepas Mitrovic ofsaid. Ianya hebat diperdebatkan kerana Mitrovic kelihatan onside ketika gol itu. Dan hasil daripada ‘replay’ segera oleh Liverpool daripada situasi tersebut mereka menghasilkan gol.

5. Rekod buruk Fulham

Fulham setakat ini sudah bolos 31 kali dalam 12 perlawanan EPL pertama; hanya Barnsley pada 1997/98 lebih teruk daripada mereka dengan 35 bolos daripada 12 perlawanan.

Fulham hanya mendapat 1 mata daripada 19 perlawanan EPL terakhir mereka menentang ‘big six’ dengan tiada kemenangan 1 seri dan 18 kali kalah. Musim ini sudah tewas kesemua 4 perlawanan menentang ‘big six’.

6. Rekod Mohamed Salah

Mohamed Salah kini sudah terlibat secara langsung dalam  47 gol di Anfield dalam 36 perlawanan – 34 gol dan 13 bantuan gol.

Musim ini  penyerang kebangsaan Mesir ini sudah menjaringkan 8 gol dan mencipta 4 bantuan gol untuk Liverpool. Beliau juga sudah menembusi jaring 19 daripada 21 pasukan EPL – hanya Man. United dan Swansea sahaja yang masih belum beliau tembusi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN