Atalanta Kejutkan Inter Milan Dengan Kemenangan 4-1, Spalletti Anggap Mereka Patut Kalah

Inter Milan sedang berada dalam prestasi terbaik mereka dengan 7 kemenangan berturut-turut. Nerazzurri juga berjaya melakukan 5  clean sheets dalam 7 kemenangan tersebut – termasuk purata sekurang-kurangnya 2 gol dalam 5 daripada 6 perlawanan terakhir mereka.

Namun begitu – semalam – rekod itu ditamatkan oleh Atalanta dalam perlawanan yang digelar Derbi Lombardy. Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini menganggap kemenangan itu sangat berharga kerana Inter Milan adalah pasukan nama besar.

Hans Hateboer meletakkan Atalanta di hadapan pada minit ke-8 – menyempurnakan hantaran lintang oleh Robin Gosen yang ditujukan ke ‘far post’.

Inter gagal membalas gol itu pada separuh masa pertama. Malah penjaga gol Inter – Handanovic dipaksa bekerja keras menafikan beberapa percubaan daripada pemain Atalanta termasuk daripada Gosens, Josip Ilicic dan melankukan point blank save menyelamatkan percubaan Rafael Toloi.

Ilicic mempersia-siakan peluang dari jarak dekat untuk menambah gol pasukannya Atalanta. Ini selepas percubaan beliau tersasar.

Bersambung babak kedua – penyerang sensasi Inter Milan – Mauro Icardi – menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47.

Namun gol itu masih gagal menjadi tonik pembakar semangat kepada Inter Milan. Ini kerana mereka terus bergelut dengan prestasi mereka di dalam perlawanan ini. Sebaliknya, pada minit ke-62 – Gianluca Mancini meletakkan Atalanta di hadapan sekali lagi.

Ketika perlawanan berbaki 2 minit lagi Berat Djimsiti menjaringkan gol ke-3 untuk Atalanta.

Kapten pasukan Atalanta – Alejandro Gomez melengkapkan hari gemilang pasukannya dengan gol ke-4 pada masa kecederaan sebaik sahaja pemain Inter – Brozovic dibuang padang. Atalanta menang 4-1 dalam perlawanan tersebut.

Pengurus Inter Milan,Luciano Spalletti kecewa kerana para pemain beliau tidak dapat fokus sepanjang perlawanan terutama sekali selepas ketinggalan awal.

“Kami hilang fokus dalam perlawanan ini untuk tempoh yang lama. Kami pasukan yang tiada variasi, kami gaga bertahan dengan baik dan memberikan ruang beberapa meter tambahan kepada pemain lawan. Hari ini, kami membuatkan semuanya menjadi sukar untuk diri sendiri.”

“Kami harus terima kekalahan ini, ianya perlawanan yang boleh kami jadikan rujukan untuk belajar daripada kesilapan dan pastikan kami tak akan mengulanginya lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN