Liverpool berjaya menang 2-0 ke atas Fulham di Anfield dalam pertemuan yang didominasi oleh The Reds. Ini adalah 6 perkara yang kami gariskan.
1. Permulaan terbaik
Liverpool kini masih belum kalah selepas 12 perlawanan EPL. Jurgen Klopp memuji aksi anak buahnya selepas berjaya mendapat mata luar biasa daripada 12 perlawanan.
Liverpool mengutip 30 mata setakat ini. Ia juga menandakan rekod permulaan paling cemerlang Liverpool dalam EPL.
🔴 @LFC this Season in the @PremierLeague:
🏟 12 Games
✅ 9 Wins
🤝 3 Draws
❌ 0 Defeats
📊 30 Points⚽️ 23 Scored
❌ 5 Conceded👏 Their best EVER start to a @PremierLeague season. pic.twitter.com/kVdxajfDSE
— SPORF (@Sporf) November 11, 2018
2. Prestasi Shaqiri
Shaqiri tidak dibawa ke Belgrade dalam perlawanan sebelum ini atas sebab keselamatan. Beliau berada dalam prestasi terbaik. Dalam 6 perlawanan terakhir beliau sudah mencetak 3 bantuan gol dan menyempurnakan 2 gol.
Dalam perlawanan ini – beliau mencipta beberapa peluang gol. Shaqiri menyempurnakan hantaran daripada Robertson – seorang lagi pemain yang cemerlang.
3. Ancaman Mitrovic
Walaupun Fulham hanya ada penguasaan bola sekitar 27% – namun pemain berbadan tegap ini menjadi ancaman utama Liverpool. Beliau mencipta peluang yang membolehkan Ryan Sesegnon berada dalam 1 lawan 1.
Beliau kemudian melakukan 2 percubaan gol yang bahaya. Salah satu daripadanya dikatakan ofsaid oleh penjaga garisan.
4. Serangan balas 14 saat
14 saat adalah tempoh yang diambil oleh Liverpool untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi serangan balas daripada Alisson kepada Alexander Arnold dan kemudiannya disudahkan oleh Mohamed Salah.
Ianya berpunca daripada situasi pemain Fulham sedang terleka selepas Mitrovic ofsaid. Ianya hebat diperdebatkan kerana Mitrovic kelihatan onside ketika gol itu. Dan hasil daripada ‘replay’ segera oleh Liverpool daripada situasi tersebut mereka menghasilkan gol.
🎶 MO SALAH RUNNING DOWN THE WING 🎶pic.twitter.com/kHjsQFlkUk
— Liverpool FC USA (@LFCUSA) November 11, 2018
5. Rekod buruk Fulham
Fulham setakat ini sudah bolos 31 kali dalam 12 perlawanan EPL pertama; hanya Barnsley pada 1997/98 lebih teruk daripada mereka dengan 35 bolos daripada 12 perlawanan.
Fulham hanya mendapat 1 mata daripada 19 perlawanan EPL terakhir mereka menentang ‘big six’ dengan tiada kemenangan 1 seri dan 18 kali kalah. Musim ini sudah tewas kesemua 4 perlawanan menentang ‘big six’.
Fulham are the first team in Europe's Top 5 Leagues to concede 30 league goals this season.
They just can't stop shipping them. pic.twitter.com/RbFQ8DBD7M
— Squawka (@Squawka) November 11, 2018
6. Rekod Mohamed Salah
Mohamed Salah kini sudah terlibat secara langsung dalam 47 gol di Anfield dalam 36 perlawanan – 34 gol dan 13 bantuan gol.
.@MoSalah in his 36 apps at Anfield for @LFC
34 ⚽
13 🅰 pic.twitter.com/CEznv4qgt4— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 11, 2018
Musim ini penyerang kebangsaan Mesir ini sudah menjaringkan 8 gol dan mencipta 4 bantuan gol untuk Liverpool. Beliau juga sudah menembusi jaring 19 daripada 21 pasukan EPL – hanya Man. United dan Swansea sahaja yang masih belum beliau tembusi.
19 – Mo Salah has scored against 19 of the 21 Premier League opponents he's faced with @LFC, failing only against Man Utd and Swansea. Array. #LIVFUL
— OptaJoe (@OptaJoe) November 11, 2018