6 Peristiwa Bola Sepak Yang Kini Berusia 20 Tahun Pada Tahun 2018

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari mempunyai kenangan sama ada kenangan manis atau buruk.

Salah satu sumber yang boleh memberikan kenangan itu adalah dari bola sepak.

Tahun 1998 merupakan tahun yang mempunyai pelbagai sejarah yang menarik baik dalam kancah bola sepak negara atau pun antarabangsa.

Jadi artikel kali ini, penulis akan menyenaraikan 6 peristiwa bola sepak yang kini sudah menjangkau usia 20 tahun pada tahun 2018.

Perisitiwa manakah yang masih segar dalam ingatan anda sehingga kini?

6. Harimau Malaya longlai di Piala Tiger

Sebelum ini, kejohanan Piala AFF atau dikenali sebagai Piala AFF Suzuki (atas faktor penajaan) dikenali ramai sebagai Piala Tiger.

Edisi 1998 yang menyaksikan Vietnam sebagai tuan rumah menyaksikan skuad Malaysia mengalami kempen terburuk dalam sejarah penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut.

Pada kejohanan tersebut, Harimau Malaya hanya mampu memperoleh 1 mata dalam aksi peringkat kumpulan yang dianggotai oleh Vietnam, Laos dan johan edisi 1998 – Singapura.

Rekod skuad negara ketika itu sangat tidak memuaskan apabila tiada sebarang gol dicatatkan di peringkat kumpulan dan 3 gol diboloskan pasukan negara.

Kedudukan akhir kumpulan B pada saingan Piala AFF 1998.

1 mata yang diperoleh adalah menerusi keputusan seri 0-0 menentang Laos.

5. Arsene Wenger mula ‘menjajah’ England

Jika majoriti penyokong Arsenal hari ini memandang Arsene Wenger sebagai bebanan kepada pasukan, percayalah pada masa dahulu beliau dianggap seperti adiwira.

20 tahun yang lalu, Wenger berjaya mencipta sejarah apabila membawa Arsenal menjulang kejuaraan liga yang ke-11.

Apa yang menariknya, kejayaan tersebut merupakan kejuaraan liga pertama milik Arsenal di era Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kejuaraan itu diperoleh dengan penuh dramatik apabila sebelum itu Manchester United sudah berada 11 mata di hadapan Arsenal.

Namun Arsenal muncul dengan 10 kemenangan penting untuk mencuri gelaran liga dari Manchester United.

Pada musim 1998 juga, Wenger juga memimpin Arsenal menjulang Piala FA  dengan menewaskan Newcastle United.

Untuk rekod, Wenger menjadi pengurus pertama dari luar Britain untuk menjulang gelaran EPL.

4. Penampilan Eric Cantona di Malaysia

Anda pasti kenal akan legenda Perancis dan Manchester United iaitu Eric Cantona bukan?

Tapi tahukah anda, beliau pernah beraksi di Malaysia pada 20 tahun yang lalu?

Pada tahun 1998 Cantona telah hadir ke Malaysia untuk menyertai kejohanan bola sepak pantai yang diadakan di Kuala Lumpur.

Kejohanan Mild Seven Challenge merupakan kejohanan bola sepak pantai yang cukup berprestij pada waktu tersebut.

Gambar: Che Din

Pada edisi 1998, Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah dengan pasukan-pasukan seperti Amerika Syarikat dan Brazil adalah antara negara yang menyertainya selain Perancis.

Aksi Cantona di negara kita merupakan aksi pertama beliau di peringkat antarabangsa selepas bersara dari mewakili Perancis pada 1995.

Impak Cantona kepada pasukannya nyata besar apabila Perancis bergelar juara pada kejohanan tersebut.

3. Bermulanya perjalanan seorang legenda

Tahun 1998 turut menyaksikan bermulanya perjalanan sebuah karier salah seorang pemain terhandal yang pernah wujud di muka bumi ini.

Ronaldinho memulakan karier bola sepak beliau apabila buat pertama kalinya mewakili skuad utama Gremio pada aksi Copa Libertadores.

Selepas beraksi cemerlang bersama kelab tersebut, Ronaldinho berhijrah ke Eropah untuk beraksi bersama beberapa kelab seperti Paris Saint-Germain, Barcelona dan juga AC Milan.

Berikut merupakan gelaran yang dimenangi oleh Ronaldinho sepanjang kariernya:

  • La Liga – 2005 & 2006
  • Serie A – 2011
  • UEFA Champions League – 2006
  • Copa Libertadores – 2013
  • Recopa Sundamericana -2014
  • Supercopa De Espana – 2005 & 2006
  • UEFA Intertoto Cup – 2001
  • Copa America – 1999
  • Piala Dunia – 2002
  • Piala Konfederasi FIFA – 2005
  • Ballon d’Or – 2005
  • FIFA World Player of the Year – 2005 & 2006

Sememangnya legenda.

Barcelona’s Ronaldinho (r) and Carles Puyol (l) celebrate with the trophy (Photo by Jon Buckle – EMPICS/PA Images via Getty Images)

2. Perak julang Piala Malaysia di Bukit Jalil

Selain menjadi pasukan yang tidak pernah jatuh ke liga bawahan, Perak turut mempunyai beberapa rekod istimewa lain dalam bola sepak Malaysia.

Salah satunya terhasil pada tahun 1998 apabila mereka menjulang gelaran Piala Malaysia ke-6 pada musim tersebut.

Perak muncul juara selepas menewaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas keputusan masa penuh perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Untuk rekod, Perak menjadi pasukan pertama yang menjulang Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibina bersempena Sukan Komenwel pada tahun tersebut.

Kejayaan yang dikecapi Perak pada musim tersebut turut dibayangi dengan isu luar pandang melibatkan pengendali Perak ketika itu iaitu Karl-Heinz Weigang dan juga pemain import – Laszlo Repasi.

Dua individu tersebut terlibat dalam pergaduhan dengan Repasi juga turut menuntut baki gajinya yang belum lagi dibayar ketika itu.

1. Dunia ini Perancis yang punya!

20 tahun yang lalu nyata merupakan tahun yang cemerlang buat bola sepak Perancis.

Hal ini jelas terbukti apabila mereka berjaya menjulang gelaran Piala Dunia yang dianjurkankan di tempat mereka sendiri.

Zinedine Zidane menjulang kejuaraan Piala Dunia buat Perancis pada 1998.

Lebih manis, gelaran Piala Dunia itu dirangkul dengan menewaskan juara bertahan iaitu Brazil di perlawanan akhir dengan jaringan 3-0.

2 gol dari Zinedine Zidane dan 1 gol dari Emmanuel Petit akan sentiasa berada dalam kenangan jutaan rakyat Perancis kerana memberikan kejuaraan yang tidak ternilai bagi mereka.

Penutup

Anda mempunyai kenangan lain yang mahu dikongsikan dengan kami? Coretkan di ruangan komen.

Kami mahu mengetahuinya daripada anda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN