Vodafone Mesir Umum 11 Minit Panggilan Percuma Jika Salah Jaringkan Gol

Siapakah di antara lawan dan kawan yang boleh menafikan Mohamed Salah telah membuktikan keupayaan dirinya di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini?

Pemain antarabangsa Mesir ini tiba di Anfield pada musim panas lalu dengan tanda harga kurang daripada £40 juta dari Roma.

Ketibaan kali kedua Salah di saingan EPL pada musim ini adalah selepas beliau gagal memberikan impak ketika pertama kali menyertai Chelsea beberapa musim sebelumnya.

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 17: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Mphamed Salah of Liverpool Celebrates the opening goal during the Premier League match between Liverpool and Watford at Anfield on March 17, 2018 in Liverpool, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Namun prestasi Salah sejak menyertai Liverpool adalah sangat mengujakan. 28 gol setakat ini dijaringkan oleh pemain berusia 25 tahun ini, menjadikan Anugerah Kasut Emas dan PFA Player of the Year untuk musim ini turut hampir pasti menjadi milik Salah.

Selepas cemerlang membantu Liverpool dengan menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Watford pada hujung minggu lalu, syarikat telekomunikasi terkemuka dunia melalui cawangannya di Mesir, Vodafone pantas mengikat satu lagi perjanjian bersama penyerang sensasi The Kops ini.

Melalui rangkaian milik mereka di Mesir, Vodafone Egypt telah mengumumkan 11 minit panggilan percuma setiap kali Salah menjaringkan gol untuk Liverpool di dalam baki perlawanan membabitkan kelab tersebut.

Nilai 11 minit tersebut akan dimasukkan ke dalam tariff panggilan pelanggan Vodafone Egypt.

Sehingga kini, Salah telah menjaringkan 36 gol daripada 41 penampilan dalam semua pertandingan untuk Liverpool.

Setelah membantu Liverpool melayakkan diri ke suku akhir UEFA Champion League, Liverpool masih memiliki minima 9 perlawanan untuk diharungi pada musim ini termasuk baki 7 perlawanan di saingan EPL.

Sehingga kini, Vodafone Egypt turut mengesahkan mereka memiliki 43 juta pengguna aktif di seluruh Mesir.

Berapkah nilai jaringan gol Mohamed Salah yang seterusnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN