Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menyertai senarai eksklusif penjaga gol yang pernah menjaringkan gol dalam perlawanan Premier League. Siapakah lima penjaga gol lain yang pernah berbuat demikian?
Apabila mendengar penjaga gol berjaya menjaringkan gol, anda sudah pasti terbayang kelibat penjaga gol naik ke atas pada masa tambahan untuk membantu serangan.
Namun dari enam kejadian yang disenaraikan ini, hanya separuh daripadanya yang berlaku seperti yang dinyatakan di atas berakhir dengan kemenangan kepada pasukan si penjaga gol.
Penjaga gol yang dimaksudkan ialah Alisson, apabila tandukan beliau dalam perlawanan di The Hawtrhorns memberikan kemenangan 2-1 kepada Liverpool ke atas West Brom.
Jaringan tersebut adalah gol pertama yang dihasilkan melalui tandukan di Premier League sekaligus memastikan Liverpool terus berada dalam perlumbaan untuk merebut slot ke Champions League pada musim hadapan,
Jadi bagaimana lima penjaga gol lain melakukannya?
Peter Schmeichel (Everton 3-2 ASTON VILLA, October 2001)
Sejak dijenamakan semula pada 1992. Premier League terpaksa menunggu sehingga 10 musim untuk seorang penjaga gol menghasilkan jaringan. Dan ia datang daripada Peter Schmeichel yang melakukannya untuk Aston Villa. Penjaga gol legenda Manchester United itu melepaskan satu voli cantik selepas menerima sepakan sudut Steve Staunton pada babak akhir perlawanan.
20/10 – On this day in 2001, Peter Schmeichel became the first goalkeeper to score a Premier League goal, doing so for Aston Villa against Everton. Rarity. pic.twitter.com/pSSvPpUHz8
— OptaJoe (@OptaJoe) October 20, 2019
Jaringan tersebut bagaimanapun lebih kepada gol sagu hati kerana Villa gagal menyamakan kedudukan untuk mencuri sebarang mata selepas sebelum itu ketinggalan 3-1.
Sepanjang kariernya, Schmeichel elah berjaya menjaringkan 13 gol termasuk gol penyamaan untuk Manchester United dalam pertandingan Piala UEFA menentang Rotor Volgograd pada 1996.
Brad Friedel (Charlton 3-2 BLACKBURN, Februari 2004)
Seperti yang dilakukan Schmeichel, Brad Fridel juga naik ke atas untuk mendapatkan sesuatu dari sepakan sudut pada babak akhir perlawanan. Fridel seolah-olah berjaya melakukannya apabila berjaya rembatannya menjadikan kedudukan 2-2 untuk Blackburn yang bertandang ke Charlton.
2 – In February 2004, Blackburn's Brad Friedel became only the second goalkeeper in Premier League history to score a goal, doing so in his side's 2-3 defeat against Charlton. Reactions. #OptaPLSeasons pic.twitter.com/KTH5emF6bq
— OptaJoe (@OptaJoe) April 7, 2020
Malangnya gol penyamaan Friedel tidak cukup untuk menyelamatkan pasukannya daripada kekalahan apabila Charlton sempat bertindak balas dengan jaringan oleh Claus Jensen.
Paul Robinson (TOTTENHAM 3-1 Watford, Mac 2007)
Tottenham sedang mendahului Watford 1-0 apabila sepakan percuma Paul Robinson dari jarak 75 meter melantun di atas kepada penjaga gol The Hornets, Ben Foster sebelum menerjah jaring. Hosam Ghaly menjadikan kedudukan 3-0 untuk Spurs sebelum gol sagu hati Watford hadir melalui Darius Henderson.
🧤➡️👟 @SpursOfficial 'keeper Paul Robinson scored a remarkable goal from 80 yards against Watford
📅 17 March 2007 pic.twitter.com/XqP704qt1a
— Premier League (@premierleague) November 26, 2020
Sebenarnya ini bukan kali pertama Robinson berjaya menghailkan jaringan. Tandukan minit akhir beliau ketika masih bersama Leeds United berjaya menyamakan kedudukan untuk mereka dalam perlawanan menentang Swindon. Namun kejadian itu berlaku di dalam pertandingan Piala EFL.
Tim Howard (EVERTON 1-2 Bolton, January 2012)
Gabungan arah angin yang pelik dan lantunan bola tidak masuk akal telah membantu clearance oleh Tim Howard dari jarak lebih 100 meter menewaskan lawan beliau di seberang padang, iaitu penjaga gol Bolton, Adam Bogdan.Penjaga gol dari Amerika Syarikat itu enggan meraikan jaringan tersebut kerana menghormati Bogdan dan demi semangat kesukanan.
https://twitter.com/Everton_Way/status/1346028734374150144
Walaupun cuba menampilkan sifat mulia beliau, bola sepak tetap sukan yang kejam. Dua go dari David Ngog dan Gary Cahill selepas itu memberikan kemenangan 1-2 kepada Bolton. Howard mensia-siakan satu-satunya peluang meraikan jaringan dalam perlawanan tersebut.
Asmir Begovic (STOKE 1-1 Southampton, November 2013)
Gol terpantas oleh seorang penjaga gol di Premier League ialah 13 saat. Kredit harus diberikan kepada Dejan Lovren yang membenarkan Asmir Begovic mengambil sepakan percuma dari kawasan sendiri.
02/11 – On this day in 2013, Asmir Begovic scored after 13 seconds for Stoke against Southampton, becoming the fifth goalkeeper to score a Premier League goal. Launch. pic.twitter.com/zt6bFQr9gH
— OptaJoe (@OptaJoe) November 2, 2019
Bola sepakan Begovic melambung tinggu dan mengejutkan penjaga gol Southampton, Artur Boruc. Gol tersebut bagaimanapun tidak cukup untuk Stoke mengumpul tiga mata apabila Jay Rodriguez menyamakan kedudukan buat Southampton.
Baca artikel menarik lain mengenai penjaga gol melalui pautan:
‘Tak Pernah Jadi Penjaga Gol, Jangan Kritik Melampau Sangat’ – Schmeichel Pertahan De Gea
Edouard Mendy: Pemain Baharu Chelsea Yang Pernah Jadi Penganggur & Penjaga Gol Kelab Divisyen Ke-4
Penjaga Gol Kongsi Tips Selamatkan Sepakan Penalti ‘Terhencot-Hencot’ Bruno Fernandes