Manchester United masih belum berputus asa untuk mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini dan telah pun menyenaraikan enam pemain yang sedia untuk dijual bagi mengukuhkan kewangan pasukan.
Bagaimanapun menurut laporan The Sun, daripada enam pemain tersebut, tiada nama Jesse Lingard sekalipun pemain tengah berusia 27 tahun itu tidak disenaraikan oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan pertama pasukannya di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tempoh hari.
Dalam perkembangan terbaharu, selain mahu membawa masuk Sancho, United kini dilaporkan sedang giat memancing pemain bek kiri Porto, Alex Telles yang berharga kira-kira £17 juta.
https://twitter.com/punditlanguage/status/1307726588079988736?s=20
Dengan Dortmund terus berkeras dengan harga £100 juta untuk Sancho, siapakah pemain yang perlu dijual?
Nama pertama tentulah Chris Smalling yang dipinjamkan ke AS Roma pada musim lepas. Dengan prestasi cemerlangnya di kelab Itali tersebut, ia membuktikan pemain berusia 30 tahun itu masih mempunyai harga yang tinggi dan United menunggu mana-mana kelab untuk mengemukalan tawaran sekurang-kurangnya £18 juta.
Dua pemain pertahanan tengah lain, Phil Jones dan Marcos Rojo juga dilaporkan sudah disenaraikan untuk dijual kepada mana-mana kelab yang berminat. Diogo Dalot yang dibeli oleh Jose Mourinho juga jelas gagal menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama terutamanya selepas ketibaan Aaronn Wan-Bissaka.
Seorang lagi pemain adalah penjaga gol berpengalaman, Sergio Romero yang sudah lima tahun menjadi penjaga gol sandaran di belakang David de Gea. Dengan United telah mengambil keputusan untuk tidak meminjamkan atau menjual Dean Henderson kepada mana-mana pasukan pada musim ini, bermakna masa penjaga gol Argentina itu di United sudah tiba di penghujung.
Sergio Romero wan leave Manchester United as Dean Henderson dey, but nobody fit afford hin £10m price tag.
— MUIP (@ManUtdInPidgin) September 17, 2020
Source: Rob Dawson, ESPN. #MUFC #GGMU 🔴⚫️ #Transfers pic.twitter.com/ZEoGYhajMt
Pemain terakhir adalah pemain Brazil, Andreas Pereira yang sudah pun kehilangan tempat dalam skuad utama setelah United membawa masuk Donny van de Beek dari Ajax baru-baru ini. Penjualan pemain berusia tengah berusia 24 tahun itu juga akan mengurangkan pembayaran bil gaji pemain.
Oleh yang demikian, Jesse Lingard dikatakan masih lagi berada dalam perancangan Solskjaer dan mungkin akan ditawarkan lanjutan kontrak selama setahun lagi yang akan mengekalkannya di Old Trafford sehingga musim panas 2022.
Pemain tengah England tersebut diturunkan ketika The Red Devils menewaskan Luton Town 3-0 dalam saingan Piala Carabao tempoh hari, berbeza dengan enam pemain yang disenaraikan di atas di mana mereka tidak terlibat dalam perlawanan tersebut.
https://twitter.com/EasySoccerNews/status/1309084302479634434?s=20
Mungkin pengurus warga Norway tersebut melihat karier Lingard masih boleh diperbaiki dan dapat mencapai tahap terbaiknya seperti dua atau tiga musim yang lalu. Namun keputusan tersebut tentunya mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada penyokong United.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: