6 Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Yang Dimiliki Real Madrid

Real Madrid

Pada 6 Mac 2018 lalu, kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid telah menyambut hari ulangtahun ke 116 nya sejak kelab itu diasaskan pada tahun 1902.

Dengan usia yang sudah mencapai sehingga 116 tahun, kelab yang berpangkalan di Sepanyol tersebut telah berjaya merangkul pelbagai kejuaraan berpretij di dunia.

Real Madrid juga dinilai sebagai kelab yang telah berjaya melahirkan serta membawa masuk ramai pemain bolasepak terbaik di dunia.

Maka dengan itu, penulis tampilkan kepada pembaca 6 pemain Real Madrid terbaik sepanjang zaman.

1. Alfredo di Stefano ( 1953-1964 )

Alfredo menyertai Real Madrid pada tahun 1953 ketika beliau berusia 27 tahun. Pemain kelahiran Argentina yang mendapat hak kerakyatan Sepanyol ini merupakan tonggak utama Los Blancos satu ketika.

Alfredo bersama rakan pasukan, Ferenc Puskás dan Francisco Gento merupakan pemain yang paling digeruni pertahanan lawan diera tersebut.

Alfredo berjaya membantu Real Madrid merangkul kejuaraan European Cup ( Champion League ) sebanyak 5 kali berturut-turut pada musim 1955–56, 1956–57, 1957–58, 1958–59 dan 1959–60.

Dalam 5 perlawanan akhir kejuaraan European Cup bertemu Stade de Reims, Fiorentina, Ac Milan dan Eintracht Frankfurt, Alfredo berjaya mencetak nama selaku penjaring dalam setiap perlawanan tersebut.

Untuk rekod, pemain yang menyarung jersi bernombor 9 Real Madrid ini, telah mencatatkan rekod jaringan peribadi sebanyak 308 jaringan gol dalam 396 penampilannya bersama pasukan. Itu merupakan rekod peribadi yang terbaik pernah dicatatkan di Real Madrid.

2. Ferenc Puskás ( 1958-1966 )

Ferenc Puskás atau nama sebenar Ferenc Purczeld Biró merupakan penyerang terbaik yang pernah menyarung jersi Los Blancos sepanjang sejarah kelab tersebut.

Pemain yang lahir pada 1 April 1927 ini , menyertai Real Madrid pada tahun 1958 dan menandatangani kontrak bersama pasukan selama 8 tahun.

Sepanjang kariernya bersama Real Madrid, Ferenc Puskás sering menjadi pencetak gol utama buat pasukan. Lebih menarik, setiap jaringan gol yang dihasilkannya merupakan gol-gol tercantik dalam arena bolasepak ketika era tersebut.

Jaringan yang terindah dan mempersonakan itu membuatkan namanya terus diberi penghormatan dan diabadikan dalam satu anugerah yang dipanggil Puskas Award, yakni satu penghargaan tahunan bagi pemain-pemain yang berjaya menjaringkan gol tercantik dalam setiap musim.

Selama 8 tahun bersama Real Madrid, Ferenc Puskás telah mencatatkan 242 gol secara peribadi dalam 262 penampilannya bersama Los Blancos.

3. Raúl González Blanco ( 1994-2010 )

MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 24: Raul Gonzalez celebrates scoring his second goal, the 7-1, during the La Liga match between Real Madrid and Real Sporting de Gijon at the Santiago Bernabeu Stadium on September 24, 2008 in Madrid, Spain. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)Raúl González Blanco atau lebih dikenali sebagai Raúl merupakan pemain yang telah beraksi bersama Real Madrid selama 16 tahun.

Mungkin ramai yang fikir bahawa Raúl merupakan produk dari akademi Real Madrid. Tanggapan itu salah sama sekali, sebenarnya Raúl merupakan produk akademi dari Atlético Madrid, yakni seteru Real Madrid dalam saingan La Liga.

Raúl menyertai akademi Atlético Madrid pada tahun 1990 sehingga 1992 sebelum memutuskan untuk berhijrah ke kelab akademi Real Madrid pada penghujung tahun 1992.

Raúl dinaikan pangkat ke pasukan Real Madrid C dan Real Madrid B pada tahun 1994. Kerja keras dan rajin memberikan komitment dalam setiap latihan membuatkan nama Raúl terpilih untuk beraksi bersama skuad senior Real Madrid pada tahun yang sama.

Sepanjang 16 tahun bersama Real Madrid, Raúl telah berjaya menghasilkan 323 jaringan  gol dari 741 penampilannya bersama pasukan. Jumlah jaringan nyang besar tersebut telah sempat mengangkat namanya selaku penjaring terbanyak sepanjang sejarah Real Madrid sebelum dipecahkan oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, Raúl masih gah memegang rekod sebagai pemain paling banyak tampil dalam perlawanan bersama Real Madrid, iaitu sebanyak  741. Rekod tersebut telah mendahului bekas penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas.

4. Iker Casillas ( 1996-2015 )

Iker Casillas adalah satu-satunya pemain terbaik sepanjang sejarah kelab tersebut, yang berasal dari hasil produk akademi Real Madrid yang boleh dibanggakan oleh peminat setia Los Blancos.

Iker Casillas boleh disebut sebagai penjaga gol terbaik sepanjang zaman Real Madrid. Pemain yang lahir pada tanggal 20 May 1981 di sebuah perkampungan Mostoles di tengah bandar Madrid, Sepanyol ini telah menyertai Real Madrid ketika usianya baru mencapai 16 tahun pada tahun 1997.

Namun, pada tahun tersebut, Casillas diletakkan sebagai penjaga gol simpanan pasukan memandangkan Real Madrid ketika itu telah memiliki tiga pemain selaku penjaga gol pasukan iaitu, Santiago Cañizares, Bodo Illgner dan Pedro Contreras.

Setelah berhempas pulas dalam setiap latihan bagi memikat hati pengurus pasukan ketika itu, akhirnya Iker Casillas terpanggil untuk berada dalam skuad Real Madrid pada musim 1999 yang ketika itu dipimpin oleh Vicente del Bosque.

24 May 2000: Iker Casillas of Real Madrid in action during the European Champions League Final 2000 at the Stade de France, Saint-Denis, France. Real Madrid won 3-0. Mandatory Credit: Graham Chadwick /Allsport

Pada ketika itu, Casillas diberikan nombor 27 sebelum ditukarkan kepada nombor 25. Aksi Casillas yang memukau dan cemerlang mengawal gawang pasukan telah berjaya menarik minat seluruh pencinta bolasepak Real Madrid sehingga beliau dilabelkan sebagai penjaga gol masa depan kelab tersebut.

Akhirnya Casillas diberi penghormatan penyarung jersi bernombor 1 pada tahun 2001 yang sebelum ini menjadi milik Bodo Illgner, selepas penjaga gol dari Jerman itu memutuskan untuk bersara dari dunia bolasepak.

Sejak dari itu, Casillas diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab selaku penjaga gol utama pasukan. Tiada siapa yang mampu merampas tempatnya selama 15 tahun.

Bersama Real Madrid, Casillas telah tampil sebanyak 725 penampilannya bersama pasukan. Ini merupakan rekod penampilan terbanyak seorang penjaga gol di Real Madrid.

Iker Casillas juga telah berjaya membantu pasukannya merangkul beberapa 19 trofi kejuaraan antaranya ialah Spanish Champion/La Liga (5), Spanish Cup (2), Spanish Super Cup (4), Champion League (3), UEFA Super Cup (2), Intercontinental Cup (2) dan FIFA Club World Cup (1).

5. Cristiano Ronaldo ( 2009-Sekarang )

Sejak menjejakkan kaki ke Santiago Bernabéu, bintang bolasepak era moden ini iaitu Cristiano Ronaldo telah berjaya membawa impak yang besar dalam bolasepak Sepanyol khususnya bersama pasukan Real Madrid.

Ternyata Florentino Pérez antara individu yang paling gembira dengan prestasi Ronaldo bersama Real Madrid. Semestinya pembelian bintang dari Portugal ini tidak menjadi sia-sia bagi pasukan.

Ronaldo berhijrah dari Manchester United dengan nilai wang perpindahan sebanyak £80 juta (RM490 juta) sekaligus memecahkan rekod pemain yang paling mahal di dunia ketika itu selepas Real Madrid membeli Zidane Zidane dari Juventus pada tahun 2001 dengan nilai sebanyak £63 juta (RM363 juta).

MADRID, SPAIN – FEBRUARY 24: Cristiano Ronaldo of Real Madrid CF celebrates scoring their second goal during the La Liga match between Real Madrid CF and Deportivo Alaves at Estadio Santiago Bernabeu on February 24, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Ronaldo atau nama samarannya CR7 telah berjaya membantu Real Madrid sehingga ke hari ini dengan merangkul trofi Spanish Champion/La Liga (2), Spanish Cup (2), Spanish Super Cup (2) FIFA Club World Cup (3), Champion League (3) dan UEFA Super Cup (3).

Selain itu, bagi rekod peribadi Ronaldo bersama Real Madrid, pemain yang kini berusia 33 tahun ini telah diberi pengiktirafan sebagai pemain terbaik dunia bagi anugerah FIFA Ballon D’Or sebanyak 5 kali dan 3 kali meraih anugerah ‘UEFA Best Player In Europe’

Sejak menyertai Real Madrid pada tahun 2009, Ronaldo sudah berjaya menghasilkan 437 gol dalam 427 penampilannya. Hal ini sekaligus meletakkan Ronaldo sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman buat Real Madrid ketika ini.

6. Zinedine Zidane (2001-2006)

Didatangkan dari Juventus pada tahun 2001 dengan nilai perpindahan tertinggi sebanyak  £63 juta (RM363 juta), aksi pertama Zidane pada musim pertamanya di Sepanyol telah berjaya membawa kejayaan buat pasukan.

Pada musim 2001, Zidane telah berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan berjaya mempersembahkan trofi Champion League buat Real Madrid.

Ketika itu, Real Madrid diperkuatkan dengan ramai pemain berkelas dunia antaranya, Raúl, Claude Makélélé, Luís Figo, Guti, Roberto Carlos, Míchel Salgado, Sávio dan ramai lagi.

Dibawah bimbingan Vicente del Bosque, Zidane bersama rakan sepasukan berjaya menewaskan Bayern Leverkusen dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir Champions League yang berlangsung di Hampden Park, Glasgow, Scotland.

Dalam perlawanan tersebut, Zidane menjadi wira Los Blancos selepas mencetak gol kemenangan pada penghujung babak pertama perlawanan.

Jaringan yang berjaya dihasilkannya itu juga merupakan salah satu jaringan tercantik bagi dirinya sepanjang kariernya dalam bolasepak. Gol volley dari Zidane itu dianugerahkan sebagai gol terbaik dalam kejohanan tersebut.

Bersama Real Madrid, Zidane telah mencatatkan 45 gol dari 247 penampilannya. Selepas berakhirnya saingan Piala Dunia 2006, Zidane memutuskan untuk bersara dari dunia bolasepak.

Kini, Zidane kembali memperkuatkan Real Madrid tetapi kali ini beliau bukan lagi beraksi sebagai seorang pemain , bahkan telah dilantik sebagai pengurus pasukan Real Madrid.

MADRID, SPAIN: Real Madrid French Zinedine Zidane celebrates his goal against Albacete during a Premier League football match in Santiago Bernabeu stadium in Madrid 14 November 2004. AFP PHOTO/ Pierre-Philippe MARCOU (Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

KESIMPULAN

Ramai lagi pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik dalam arena bolasepak dunia. Semestinya diantara mereka mengimpikan untuk menyarung jersi keramat pasukan bolasepak terbaik di dunia iaitu Real Madrid.

Apakah akan ada pemain baru nanti yang mampu memecahkan rekod pencapaian pemain-pemain diatas yang sudah diangkat sebagai pemain lagenda Los Blancos ?

Kongsikan kepada kami, siapakah pemain-pemain yang layak menyarung jersi kelab gergasi itu yang mampu mencipta fenomena di Madrid selepas ini ? Bagi pendapat penulis adalah Neymar. Anda bagaimana ?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN