Sekurang-kurangnya enam buah kelab Liga Malaysia terpaksa mencari stadium lain untuk kegunaan beraksi di tempat sendiri sebelum saingan Liga Malaysia disambung kembali pada 24 Julai hadapan.
Lapan kelab tersebut ialah pasukan Liga Super dan Liga Premier yang terlibat dengan PKPD adalah Selangor FC 2 (Stadium Majlis Perbandaran Selayang), Selangor FC dan PJ City FC (Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya), UiTM FC dan Skuad Projek FAM-MSN (Stadium UiTM, Shah Alam) serta Negeri Sembilan FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi).
Perkara ini berlaku kerana stadium yang sedang digunakan oleh pasukan-pasukan tersebut berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebarang perlawanan Liga M termasuk perlawanan latihan tidak dibenarkan berlangsung di kawasan PKPD.
“Pihak MFL meminta agar pasukan terbabit bersedia dengan perancangan awal mencari stadium baharu bukan di kawasan PKPD di mana mereka boleh memohon untuk menggunakan stadium yang tidak digunakan oleh mana-mana pasukan seperti Stadium Manjung dan Stadium Batu Kawan.
“Selain itu, mereka juga boleh memohon untuk menggunakan stadium yang hanya digunakan oleh satu pasukan sahaja dan MFL akan membantu pasukan dalam mengenalpasti stadium yang boleh digunakan.
“Dengan situasi cukup mencabar disebabkan COVID-19 ketika ini, saya berharap agar semua pasukan terus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kelangsungan Liga Malaysia 2021 yang mana saya cukup yakin dan percaya kita boleh mengharunginya bersama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, MFL turut meminda jadual Liga Malaysia susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di seluruh negara susulan peningkatan kes COVID-19.
Pindaan itu membabitkan saingan Liga Premier yang sebelum ini dijadual kembali bermula pada 3 Julai 2021.
Manakala perlawanan tertunda iaitu Perak FC II menentang Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh sementara Selangor FC 2 menentang Sarawak United FC di venue yang akan ditetapkan kemudian akan berlangsung pada 17 Julai 2021 berbanding tarikh asal pada 29 dan 30 Jun 2021.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pindaan jadual turut melibatkan perlawanan ke-14 Liga Super sehingga perlawanan 22 serta perlawanan ke-13 sehingga 22 Liga Premier bagi memastikan jarak bagi setiap perlawanan tidak terlampau padat.
Baca artikel lain mengenai Liga Malaysia:
Kenapa Benjamin Mora Masih Pertaruh Formasi Taktikal Yang Sama?
Nilai Kesetiaan Fakhrul Zaman Bersama Kelantan United Ternyata Berbaloi