6 Kelab Bolasepak Dari Kemboja Dan Indonesia Uji Negeri Sembilan

Pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan membuat persiapan rapi untuk memastikan tahap kecergasan pemainnya berada dalam keadaan terbaik apabila bakal menghadapi 6 kelab dari Indonesia dan Kemboja.

Mereka telah bersetuju untuk menyertai kejohanan bola sepak Piala Super Asia 2018 di Makassar, Indonesia, dari 19 hingga 21 Januari depan.

Kenyataan laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) menjelaskan tiga lagi pasukan akan bertanding pada kejohanan itu iaitu PSM Makassar selaku tuan rumah, Adelaide United (Australia) dan Home United (Singapura).

“Ini peluang terbaik buat pasukan untuk menguji kombinasi antara pemain lama dan baharu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Malah, kehadiran pasukan berwibawa seperti Adelaide United dalam kejohanan itu dapat memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menimba pengalaman selain menunjukkan kemantapan dalam persembahan,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bimbingan Jorg Steinebrunner itu juga akan menghadapi perlawanan persahabatan  pra musim menentang 3 kelab di Kemboja dalam siri lawatan ke negara itu dari 4 hingga 11 Januari depan.

Negeri Sembilan akan menentang tiga pasukan kelab di sana iaitu Army FC, PPC FC dan Svay Rieng FV.

Selepas beraksi dalam Liga Perdana selama empat musim berturut-turut sejak 2014, Negeri Sembilan akan bermain dalam Liga Super tahun depan.

PBNS dijangka mengumumkan barisan pemain dan pegawai pasukan itu bagi musim 2018 pada 3 Januari ini.

Negeri Sembilan membuat kejutan apabila membawa masuk bekas pemain utama skuad Piala Dunia 2006 Korea Selatan, Kim Do-Heon untuk mengisi kuota pemain import dari Asia.

Beliau adalah pemain tengah utama Korea untuk skuad Olimpik U23 dan juga Piala Dunia 2006 ketika dibawah bimbingan Dick Advocaat.

Selain Kim Do Heon, Negeri Sembilan turut menandatangani bekas pemain Suphanburi FC, Nicolas Velez dan pemain skuad kebangsaan Singapore, Madhu Mohana.

Difahamkan seorang lagi pemain import yang beraksi dalam saingan Liga Indonesia musim ini, Flavio Beck Junior turut menyertai Negeri Sembilan.

Mulai musim depan, 21 garis panduan tatatertib akan diwujudkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi memastikan setiap pemainnya mengamalkan disiplin tinggi sepanjang bersama pasukan itu.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kepada Berita Harian, setiap pemain tidak boleh keluar sesuka hati pada waktu malam dan akan diheret ke jawatankuasa disiplin jika didapati bersalah.

“Antara elemen atau pantang larang yang terkandung dalam garis panduan itu ialah pemain dilarang melepak sesuka hati di tempat tertentu seperti di kelab malam pada malam hari.

“Pemain juga diingatkan supaya tidak sengaja melanggar disiplin ketika beraksi di padang seperti sengaja mahu dikenakan kad merah dengan memaki pengadil atau menumbuk pemain lawan,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN