Xavi Hernandez: Kevin De Bruyne Adalah ‘Lionel Messi’ Buat Manchester City

Bekas pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Xavi Hernandez menyifatkan beliau dapat melihat persamaan diantara bekas kelabnya dan Manchester City dengan seorang pemain memainkan peranan utama.

Menurut Xavi, Pep Guardiola telah menambah ‘DNA Barcelona’ ke dalam skuad Manchester City dan Kevin De Bruyne memainkan peranan yang sama seperti dimainkan oleh Lionel Messi di kelab Catalan itu.

Xavi
BARCELONA, SPAIN – APRIL 01: Lionel Messi (L) and Xavi Hernandez of Barcelona prepare to take a free kick during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between FC Barcelona and Club Atletico de Madrid at Camp Nou on April 1, 2014 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Di sebalik berjaya memenangi pelbagai kejuaraan di Nou Camp dan Allianz Arena, Pep Guardiola gagal memenangi sebarang kejuaraan pada musim pertamanya di Stadium Etihad.

Namun permulaan hebat ketika ini dengan rentetan 18 kemenangan serta meninggalkan Manchester United dengan 15 mata ditempat kedua Liga Perdana Inggeris semakin menampakkan penguasaan City dibawah kendalian pengendali dari Sepanyol itu.

”Pasukan Pep (Guardiola) menang sebagai satu pasukan tetapi sebuah pasukan yang istimewa memerlukan seorang pemain yang melihat mereka memerlukan sesuatu yang istimewa,” kata pemenang Piala Dunia bersama Sepanyol itu kepada The Mirror.

”Di Barcelona kami mempunyai Messi dan Manchester City mempunyai De Bruyne.”

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – DECEMBER 27: Kevin De Bruyne of Manchester City vies with Mohamed Diame of Newcastle United during the Premier League match between Newcastle United and Manchester City at St. James Park on December 27, 2017 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

”Setiap masa dia mempunyai bola, anda dapat merasakan dia akan melakukan sesuatu yang istimewa.”

”Bukan semua perlawanan anda boleh menang 3-0 atau 4-0 terutamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah dan apabila anda memerlukan satu keadaan yang cemerlang dari seorang pemain yang istimewa (merujuk kepada Messi dan De Bruyne).”

Xavi juga turut mengulas mengenai rakan senegaranya dalam skuad Manchester City, David Silva.

”David Silva sedang menikmati karier bola sepak terbaiknya. Saya dapat lihat daripada menonton aksinya bahawa dia belajar dari Pep.”

”Dia bukan lagi seorang pemain muda tetapi apabila anda mempunyai pemain yang cerdas dan mempunyai visi, ianya tidak menjadi masalah.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN