Liverpool telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Turki, Ozan Kabak dari Schalke 04 secara pinjaman sehingga akhir musim ini.
Pemain beruia 20 tahun ini sebenarnya sudah pun menjadi sasaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan sebaik sahaja perpindahan keluar Dejan Lovren ke Zenit St. Petersburg pada awal musim lalu.
Namun pada waktu itu Jurgen Klopp merasakan tiga pemain pertahanan senior sedia ada iaitu Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip sudah cukup untuk Liverpool mengekalkan keampuhan mereka di bahagian pertahanan.
Liverpool’s Joel Matip out for entire season – so Ben Davies and Ozan Kabak are needed now | @cmckennasport | #LFC #Matip #Kabak #Davies https://t.co/RFfiZFL2XG pic.twitter.com/A9EIGCvsL9
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) February 2, 2021
Namun selepas ketiga-tiganya kini mengalami kecederaan jangka panjang, dan pemain-pemain muda seperti Nathaniel Phillips serta Rhys Williams pula masih kurang pengalaman, tiada lagi cara lain untuk Liverpool memulihkan pasukan melainkan membawa masuk pemain pertahanan baharu.
Matang sebelum usia
Berusia 20 tahun, Kabak telah pun beraksi untuk empat kelab utama. Beliau memulakan kariernya bersama kelab paling berjaya dalam sejarah negara kelahirannya, Galatasaray dengan membuat 17 penampilan sebelum berhijrah ke Jerman untuk menyertai Vfb Stuttgart pada Januari 2019.
Tanpa pengalaman luas di pentas besar seperti Bundesliga, beliau telah beraksi 15 perlawanan Bundesliga dalam hanya separuh musim dan menjaringkan tiga gol walaupun usianya ketika itu hanya 18 tahun, namun ia tidak cukup untuk menghalang Stuttgart tersingkir dari saingan Bundesliga.
🧿 Ozan Kabak
17 Yaş Galatasaray
18 Yaş Stuttgart
19 Yaş Schalke
20 Yaş Liverpool pic.twitter.com/bbQbjfbdBj— Yakup Çınar (@yakupcinar) February 1, 2021
Tolak ‘pinangan’ Bayern
Melihatkan potensi dan kematangannya, Schalke tidak menunggu lama untuk mengaktifkan klausa pelepasannya yang bernilai €15 juta pada penghujung musim tersebut.
Malah Kabak sanggup menolak tawaran dari kelab gergasi Jerman Bayern Munich kerana memikirkan pembangunan kariernya akan berkembang jauh lebih baik dengan menyertai Schalke yang pastinya dapat memberikannya minit permainan secara konsisten.
Cara permainan
Dengan rekod enam gol daripada 55 perlawnaan Bundesliga, ia telah membuktikan keupayaan Kabak untuk menyumbang kepada jaringan-jaringan penting untuk pasukannya.
Dengan ketinggian 1.86 meter, beliau jelas mempunyai kelebihan dalam perebutan bola di udara. Berdasarkan statistik pada musim ini, belieu memenangi 57 daripada 74 perebutan (77 peratus).
Ozan Kabak in the Bundesliga this season [Schalke rank]:
• 686 passes [1st]
• 55 clearances [1st]
• 11 shots blocked [2nd]
• 57/74 aerial duels [1st]
• 17/24 tackles [6th] pic.twitter.com/ohDLISeKAD— LFC Stats (@LFCData) February 1, 2021
Untuk memenuhi falsafah permainan yang menekankan penguasaan bola, Kabak mempunyai pertusan hantaran tempat sebanyak 81.5 peratus pada musim 2019/20 dan 88 peratus pada musim ini.
Kelebihan lain yang dimilikinya adalah statistik pintasan dan pengeluaraan bola di kawasan bahaya dan sudah tentu ia adalah ciri-ciri yang amat diperlukan oleh Liverpool ketika ini.
Mengidolakan Virgil van Dijk
Dalam satu temubual bersama bundesliga.com, Kabak mengakui beliau mahu menjadi pemain pertahanan berkelas dunia dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi seperti rakan sepasukan baharunya Virgil van Dijk.
In December 2018, Ozan Kabak posted this picture and caption on Instagram:
"Many thanks to Virgil van Dijk , one of the best central defenders of the planet, for this wonderful gift" 👕 pic.twitter.com/gktiLt6GMP
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 1, 2021
“Sebagai pemain bola sepak, saya sukakan gayanya dan bagaimana dia bermain, jadi saya boleh kata dia adalah idola saya dalam bola sepak.
Meminati Manchester United
Pada 2018 ketika ditemubual oleh majalah Tam Saha, Kabak mendedahkan beraksi bersama Galatasaray adalah impiannya sejak kecil, kerana sangat meminati kapten kelab tersebut iaitu Bulent Korkmaz.
Tetapi dalam masa yang sama beliau sememangnya mempunyai keinginan untuk beraksi di EPL dan pasukan pilihannya adalah Manchester United.
Manchester United in talks to sign Stuttgart defender Ozan Kabak https://t.co/8YGVcaMhfB pic.twitter.com/6PLmAf4F2i
— SimpleNews.co.uk (@Simplenewsuk) June 25, 2019
Penutup
Jelas bahawa Kabak sudah menepati ciri-ciri pemain berpengalaman yang diperlukan oleh Klopp di mana beliau juga telah mengumpul 7 kaps di peringkat antarabangsa.
Di Liverpool Kabak akan menyarung jersi nombor 19 yang sebelum ini merupakan milik Sadio Mane sebelum penyerang itu mengambil nombor 10.
Pemain lain yang menggunakan nombor tersebut sebelum ini adalah Fernando Morierntes, Ryan Babel dan Stewart Downing.
Kredit Foto: Transfer News Central
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:
‘Vaksin’ Untuk Pulihkan Liverpool Adalah Beli Pertahanan Baharu
Ben Davies ‘Kalut’ Padam Ciapan Kutuk Liverpool Selepas Sah Ke Anfield