Pemain bola sepak antarabangsa German, Max Kruse (gambar bawah) melakukan kunjungan tahunannya ke Las Vegas untuk menyertai acara $1,500 2-7 Lowball Draw dalam Kejohanan Siri Poker Dunia (WSOP).
Kota Vegas adalah sebuah kota yang sinonim dengan perjudian. Kasino adalah punca ekonomi terbesar untuk kota Vegas. Ia bagaikan syurga perjudian bagi kaki judi.
Kebanyakkan ahli sukan yang berkunjung ke Vegas akan bermain kategori ‘No-Limit Hold’em’ untuk permainan Poker.
Namun Kruse lebih menggemari permainan yang lebih sukar seperti 2-7, PLO dan juga Razz.
Bakat Kruse ternyata bukan hanya di dalam bola sepak. Beliau juga memiliki bakat semula jadi dalam permainan poker.
Kruse hanya memerlukan 30 minit untuk berguru dengan pemain poker profesional dari German, George Danzer untuk memahami kategori permainan poker yang lebih kompleks.
Sebagai bukti kepada bakat luar biasa beliau dalam permainan poker, Kruse pernah menduduki tangga ketiga dalam kategori yang sama ( $1,500 2-7 Lowball Draw) pada cabaran WSOP pada 2014.
Untuk cabaran WSOP pada tahun ini yang dilaporkan berlangsung semalam, Kruse terpaksa berpuas hati untuk menduduki tempat ke-6.
Ia masih lagi satu pencapaian yang mengkagumkan bagi seorang pemain bola sepak profesional!
Minat Yang Mendalam Dalam Permainan Poker
Pada musim panas tahun lepas, Kruse mengundang masalah dengan kelabnya di Bundesliga setelah perkhabaran kegiatan perjudiannya di Vegas menjadi perhatian umum.
Ini terjadi selepas Kruse dikhabarkan memenangi sejumlah £60,000 daripada hasil perjudian.
Namun agak malang bagi Kruse kerana tertinggal kesemua hadiah wang tunai yang dimenanginya di dalam sebuah teksi di Vegas.
Wolfsburg mengenakan denda sebanyak £20,000 kerana tabiat judinya yang bertentangan dengan kehendak konrak.
Namun ini tidak menghalang Kruse untuk kembali berjudi dengan taruhan yang lebih besar apabila menyertai $10,000 2-7 Draw Championship.
Dalam satu temubual bersama PokerListings, Kruse berpendapat kelab bola sepak tidak sewajarnya menghalang pemain daripada terlibat dalam perjudian khususnya poker.
“Di dalam permainan poker, terdapat banyak strategi dan anda belajar banyak tentang individu lain. Permainan seperti blackjack dan roulette barulah boleh dikatakan sebagai perjudian.”
“Anda harus mempersiapkan diri sebelum bermain poker seperti anda mempersiapkan diri sebelum bermain bola sepak,” jelas Kruse.
Max Kruse menyertai kembali kelab asalnya, Werder Bremen pada awal musim lalu daripada Wolfsburg.
Jelas perpindahan tersebut adalah sesuatu yang beliau perlukan untuk menghidupkan kembali karier bola sepaknya. Kruse menjaringkan 15 gol sepanjang musim 2016-2017.
Ironinya, karier bermain poker Max Kruse juga bermula ketika dia bersama Werder Bremen pada usia 18 tahun.
Jelas Werder Bremen tidak punyai masalah akan minat Kruse dalam permainan poker, dan kita boleh melihat hasilnya di padang jika Kruse gembira.
Max Kruse Dalam Radar Manchester United?
Beberapa akhbar dan tabloid telah melaporkan bahawa Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu di Old Trafford pada musim hadapan.
Perkhabaran ini muncul setelah Antoine Griezmann mengambil keputusan untuk kekal bersama Atletico Madrid.
Manchester United masih lagi mencari pengganti kepada Zlatan Ibrahimovic yang tercedera dan akan tamat kontrak bersama The Red Devils pada 30 Jun akan datang.
Selain daripada United, West Ham dan juga Everton turut menyatakan minat untuk membawa Kruse ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim hadapan.
Jendela perpindahan untuk kelab-kelab di EPL akan mulai dibuka pada 1 Julai akan datang. Sehingga itu, semua perkhabaran tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.
Sumber:
1. Pokerlisting (2017): Footballer Max Kruse Finds Refuge at WOSP During Wild Offseason;
http://www.pokerlistings.com/footballer-max-kruse-finds-refuge-at-wsop-during-wild-offseason-46239
2. European Football, BBC (2017): Max Kruse: Germany striker dropped after poker & Nutella issues;
http://www.bbc.com/sport/football/35864765