Inilah Respon Kelab-Kelab Bola Sepak Selepas Ronaldo Mahu Tinggalkan Real Madrid

Cristiano Ronaldo baru-baru ini telah mengatakan yang beliau mahu meninggalkan Real Madrid.

Hal ini kerana telah beliau tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak kerajaan Sepanyol terhadap beliau mengenai isu cukai melibatkan beliau.

Ronaldo dikatakan nekad mahu meninggalkan kelab tersebut, dan perkara ini telah membuatkan kelab-kelab bola sepak mengambil kesempatan untuk melakukan gurauan terhadap perkara isu yang sedang hangat ketika ini.

Jom kita lihat reaksi beberapa kelab bola sepak mengenai keputusan Ronaldo untuk tinggalkan Real Madrid:

Bolton Wanderers terus menafikan yang mereka sedang ‘pancing’ Ronaldo

Hertha Berlin tiada duit, tapi janjikan ‘kasih sayang’ buat Ronaldo

Kelab lama Ronaldo Sporting Lisbon mengatakan, “anak lelaki yang baik pasti akan pulang ke rumah.”

Adakah Ronaldo akan pulang ke Sporting Lisbon?

Malah kelab sekecil Salisbury FC juga turut ambil kesempatan di atas isu yang menimpa Ronaldo.

Bukan main lagi siap kata, “tiada komen diatas khabar angin ini.” Kelakar betul!

Ada pasukan Liga Malaysia yang buat macam ini tak? Macam-macam betul mereka ni!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN