Southgate Dan ‘Three Lions’ Jalani Latihan Ala Tentera Sebagai Persiapan Kelayakkan Piala Dunia

Barisan pemain bintang ‘Three Lions’ mendapati telefon bimbit milik mereka dirampas dan disimpan sebelum menyertai latihan pusat skuad kebangsaan England pada hujung minggu yang lalu.

Ini adalah untuk membenarkan mereka memberikan fokus sepenuhnya kepada latihan ala tentera dan komando yang dijadualkan oleh Gareth Southgate dengan kerjasama Royal Marines.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Rangka Persiapan Kelayakkan Piala Dunia

Skuad ‘Three Lions’ kini dalam rangka persiapan untuk berhadapan dengan Scotland pada Sabtu akan datang dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia.

Akhbar The Guardian mendedahkan bahawa Gareth Southgate merangka satu kunjungan rahsia ke Pusat Latihan Royal Marines di Devon, England, untuk sesi latihan tersebut pada Isnin lalu.

Setelah latihan keras ala tentera dan komando itu selesai, pemain-pemain dibenarkan untuk meninggalkan kem latihan pada malam Ahad sebelum dikehendaki melaporkan diri semula di kem latihan St.George’s Park pada hari ini.

Adam Lallana, Kyle Walker, Jermain Defoe, Jake Livermore dan John Stones turut mengambil bahagian.

Pada November tahun lalu, pengurusan England FA mengambil langkah tegas tidak memberikan pemain kelepasan pada sebelah malam setelah insiden mabuk Wayne Rooney di Grove Hotel.

Insiden berkenaan berlaku ketika skuad England sedang dalam rangka persiapan bertemu Sepanyol dalam satu perlawanan persahabatan.

Teknik Latihan Inovatif Southgate

Bagaimanapun Southgate tampak lebih tenang dalam mengendalikan barisan bintangnya.

Beliau memperuntukkan rehat selama 2 malam untuk pemain-pemainnya meluangkan masa bersama keluarga sebelum kembali ke kem latihan.

Sejak mengambil alih kerusi panas sebagai pengurus England November lalu, Southgate telah mempelbagaikan corak latihan yang inovatif dan berlainan daripada pengurus ‘Three Lions’ sebelum ini.

Livermore dan Ryan Bertrand sedang mempersiapkan diri untuk menjalani latihan.

Kem latihan ala tentera dan komando selama 48 jam tersebut adalah salah satu langkah Southgate untuk membentuk persefahaman dan menguatkan kerja berpasukan di kalangan pemain-pemainnya.

Larangan membawa telefon bimbit dilihat sebagai satu langkah agar tumpuan dan fokus para pemain hanya tertumpu sesama mereka sepanjang  berada di kem tersebut.

Pemain-pemain yang dipanggil untuk melaporkan diri di St. George’s Park pada Jumaat lalu terkejut apabila mereka dimaklumkan akan menuju ke kem latihan tentera ala komando, Royal Marines.

Untuk membuatkan pemain merasakan latihan yang mereka lalui berlainan seperti kebiasaan, beberapa aktiviti dan disiplin latihan harus dilalui oleh setiap pemain.

Joe Hart dan Harry Kane adalah antara pemain yang kelihatan sedang mendengar arahan untuk sesi latihan tentera.

Ini termasuklah pendakian sejauh 4 batu dengan membawa beban seberat 21kg di belakang setiap pemain.

Pada sebelah malamnya, skuad ‘Three Lions’ berkhemah Woodbury Common, jauh daripada keselesaan yang mereka sering nikmati di pusat latihan St. George’s Park.

Hasil Latihan Ala Komando

“Kami mahu barisan pemain ini mengalami persekitaran yang berbeza, sesuatu yang mereka tidak jangkakan,” ujar Southgate.

Pihak tentera juga mendedahkan kepada barisan bintang England tersebut akan keadaan luar jangka dan bagaimana untuk menghadapinya sebagai sebuah unit dan pasukan.

Ideanya ialah untuk memastikan bagaimana pemain dapat melakukan sesuatu cabaran melebihi kapasiti yang mereka ketahui untuk tidak mengecewakan rakan sepasukan yang lain.

Rahim Sterling dibantu oleh seorang pegawai tentera ketika sesi latihan.

“Kami mahu mereka untuk mengalami sendiri satu persekitaran daripada salah satu pasukan elit di dunia.”

“Kami mahu mereka tahu bahawasanya ada dunia lain di luar sana. Barisan pemain ini mewakili Permaisuri dan England.”

“Pemain-pemain melalui cabaran latihan yang sama walaupun sedar cabaran sebagai seorang tentera atau komando, ia adalah jauh lebih sukar.”

“Latihan ini memberi kefahaman dalam konteks yang sama dan pemain mampu melakukan perbandingan akan perjuangan mereka sebagai pemain.”

“Hasilnya, kami berjaya melalui latihan ini sebagai sebuah pasukan, sama ada sebagai pemain atau staff kejurulatihan.”

“Kami lebih menghargai kehadiran setiap individu di dalam pasukan dan ia adalah satu pengalaman yang berguna untuk setiap daripada kami,” jelas Southgate lagi akan objektif latihannya.

Pemain dikehendaki membina khemah mereka sendiri.

Scotland Dan Perancis Menanti

Latihan selama 2 hari tersebut bagaimanapun tidak dihadiri oleh Gary Cahill, Chris Smalling, Jesse Lingard dan Marcus Rashford yang baru sahaja tamat komitmen bersama kelab masing-masing minggu lalu.

Persiapan di atas padang latihan untuk Southgate dan ‘Three Lions’ akan bermula pada hari ini sebagai persiapan untuk kunjungan ke Hampden Park.

Harry Kane dijangka akan menjadi kapten England buat pertama kali pada Sabtu akan datang.

Gary Cahill turut akan kembali menguatkan pertahanan tengah England setelah tidak beraksi menentang Lithuania pada Mac yang lalu akibat pergantungan.

Rumusan

Latihan keras ala tentera dan komando bukanlah perkara yang asing dalam sukan bola sepak. Skuad negara Harimau Malaya turut pernah menjalani latihan yang sama sebelum pusingan kelayakkan Sukan Olimpik 1980.

Hasilnya nyata jelas. Ia mampu membentuk disiplin, nilai patriotik dan kerjasama sepasukan yang luar biasa ketika barisan pemain beraksi di atas padang.

Wajarkah Nelo Vingada dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangka latihan sebegini menjelang aksi kelayakkan Piala Asia 2019 nanti?

Kami ingin mendengar daripada anda. Nyatakan pandangan anda di rungan komen.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN