Van Dijk Dijangka Bakal Ke Liverpool, Dedah Anfield Sebagai Destinasi Pilihannya

Ketika ini, nama Virgil Van Dijk sering menghiasi dada-dada akhbar mengenai spekulasi perpindahan beliau.

Beliau dikatakan menjadi sasaran utama Liverpool sambil Chelsea dan Manchester City turut mahu mendapatkan beliau.

Dalam perkembangan terbaharu mengenai pemain tersebut, Van Dijk mengaku inginkan perpindahan ke Liverpool.

Beliau mendedahkan yang Anfield merupakan destinasi pilihannya berbanding Stamford Bridge atau Etihad Stadium.

Ini memberikan sedikit kelebihan buat Liverpool yang dalam misi untuk mendapatkan pemain tersebut dari Southampton.

Southampton dikatakan mahukan jumlah perpindahan melebihi jumlah £50 juta. Andai perpindahan ini berlaku, Van Dijk bakal menjadi pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak.

Selain Liverpool, Chelsea yang merupakan juara Premier League dijangka mahukan Van Dijk untuk diletakkan di bahagian kiri dalam rangkaian 3 pertahanan taktikal Antonio Conte.

Sementara Manchester City pula mahu menjadikan Van Dijk sebagai penyelesaian kepada masalah pertahanan mereka ketika ini.

Andai Van Dijk berpindah ke mana-mana kelab selepas ini, ia akan menguntungkan satu lagi kelab iaitu Celtic.

Celtic yang merupakan bekas kelabnya sebelum ke Southampton akan mendapat durian runtuh selepas mereka mengenakan klausa sell-on agreement di dalam kontrak Van Dijk.

Menurut kontrak Van Dijk, Celtic bakal menerima 10% daripada hasil penjualan Van Dijk ke mana-mana kelab.

Adakah Van Dijk akan ke Liverpool? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN