5 Situasi Yang Bolehkan Anda Untuk ‘Load’ & Mula Semula Ketika Bermain Football Manager

Apa tandanya seorang pemain itu pengecut ketika bermain FIFA atau PES?

Ya beliau akan lakukan raqe quit ketika bermain.

Bagaimana pula di Football Manager?

Beliau akan load dan mula balik!

Tindakan itu nyata tindakan yang amat keji bagi mereka yang bermain Football Manager (FM). Ia boleh dikatakan sebagai ‘tidak jantan’ apabila bermain permainan tersebut.

Namun begitu, ada 5 situasi yang membolehkan anda untuk load dan juga mula semula ketika bermain FM. Jom baca!

Nak tengok pasukan kebangsaan berjaya

Jika anda dari negara yang tidak punya pasukan kebangsaan yang hebat, perkara ini pasti anda lakukan.

Anda mungkin akan load jika anda dapat tahu pasukan kebangsaan anda yang anda sendiri tidak urus beraksi teruk di kejohanan antarabangsa.

Load dan mula semula, mana tahu pasukan negara anda tiba-tiba layak selepas load semula?

Pemain utama tiba-tiba minta dijual

Ini perkara yang cukup tak suka didengar oleh setiap pemain FM.

Ketika anda sedang mengharungi musim yang cemerlang dengan pemain utama anda beraksi cukup hebat, tiba-tiba sahaja ketika jendela perpindahan pemain utama anda minta mahu dijual.

Ketika itu, pasti anda pening kepala. Jika dijual, keharmonian skuad bakal turun dan jika tak jual pemain itu akan bising.

Apa nak buat? Load balik!

Tiba-tiba dikenakan embargo

Satu fasa yang seronok ketika bermain FM adalah ketika jendela perpindahan.

Ketika jendela perpindahan pasti ramai yang tak sabar untuk berbelanja untuk kuatkan lagi pasukan anda.

Tapi tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja anda dikenakan embargo atau sekatan dari membeli pemain ketika jendela perpindahan.

Apa yang perlu dilakukan? Load balik!

Pemain baharu cedera teruk

Anda sudah lama perhatikan beliau, dan dambakan beliau dalam pasukan anda.

Dan anda berjaya dapatkan khidmat beliau untuk beraksi dengan pasukan anda.

Namun malang tak berbau, pemain yang anda beli itu mengalami kecderaan teruk ketika penampilan pertamanya untuk pasukan anda dan beliau terpaksa berehat 8 bulan kerana itu.

Pasti anda kecewa bukan? Jadi situasi ini juga bolehkan anda untuk load dan mula semula permainan FM anda.

Hari yang teruk

Pasukan anda mengalami prestasi yang teruk dan anda sendiri sudah mencaci ketika bermain.

Jika itu sudah terjadi, adalah lebih baik untuk anda berhenti dahulu bermain FM.

Hal ini mungkin nampak tidak elok, tetapi kita perlu fikirkan kesihatan diri dan juga perkara lain yang kita lakukan.

Sudah semestinya kita ada perkara lain yang perlu dibuat selain dari bermain FM bukan?

Jadi jika pasukan anda beraksi teruk di FM, berhentilah bermain dahulu sebelum sambung semula.

Jangan disebabkan pasukan anda beraksi teruk di FM, hari-hari anda menjadi tak elok di dunia sebenar!

Jom sertai peraduan teka MOTM & menangi hadiah menarik!

Sempena aksi Kedah menentang Terengganu malam ini, jom sertai peraduan teka pemain terbaik perlawanan bagi perlawanan tersebut dan menangi hadiah menarik!

Tapi macam nak sertai? Boleh rujuk grafik di bawah untuk ketahui syarat-syarat penyertaan. Semoga berjaya!

Baca juga: Pelakon TV Ini Dedah Bagaimana Beliau Hampir Berjaya Pujuk Ibrahimovic Sertai Napoli

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN