5 Senarai Semak Raul Longhi Di JDT, Antaranya Motivasi Dan Kecergasan

Raul Longhi masih belum merasai kemenangan pertama dengan JDT setakat ini untuk 90 minit. Beliau bukanlah nama baru dalam kejurulatihan JDT. Beliau sudah lama bersama JDT.

Berikut adalah 5 senarai semak yang kami rasa perlu untuk beliau

1. Pelan transisi

Bukan sesuatu yang mudah untuk transisi dalam pasukan terutama sekali pasukan dengan status juara seperti JDT.

Longhi perlu ada pelan yang jelas dalam transisi pasukan dari segi teknikal dan taktikal permainan.

Untuk pasukan seperti JDT, menang sahaja tak cukup jika orang tak tahu hala tuju, karakter dan DNA yang cuba dibawa oleh jurulatih. Walaupun beliau diwariskan dengan pasukan yang baik serta hierarki pengurusan yang sistematik, namun ia tetap ada cabaran tersendiri.

2. Menutup kehilangan pemain penting (key player)

Kehilangan Diaz adalah kehilangan besar dalam pasukan JDT. Jadi, Raul Longhi harus memikirkan cara paling efektif menutup ketiadaan itu.

Kehilangan Diaz memberikan impak kepada taktikal mereka terutama sekali di bahagian serangan. Pemain itu menjadi pemain penting JDT sejak kepulangan semula beliau. Diaz pemain yang boleh mencipta dan menjaringkan gol.

Raul Longhi mungkin sudah ada senarai sasaran untuk dibawa masuk ke dalam pasukan pada jendela perpindahan akan datang.

3. Kecergasan

Dengan jadual yang padat, jelas sekali JDT berhadapan dengan isu kecergasan. Mungkin sebab jurulatih kecergasan mereka, Fernando yang sibuk dengan perkara lain sebelum ini membuatkan aspek ini ada impak. Namun beliau sudah dipecat.

Raul melakukan rotasi dalam Piala AFC yang lalu sebagai salah satu langkah untuk atasi masalah ini. Pengurusan kecergasan pemain utama sangat penting untuk JDT buat masa ini.

Syafiq Ahmad bersama Hazwan Bakri ketika sesi latihan pasukan JDT. Foto: JST

Begitu juga dengan pemain kedua dan ketiga. Ini kerana jika pemain terlalu kurang minit mereka juga akan bergelut dengan isu kecergasan dan ketajaman di dalam padang.

4. Sistem permainan

Raul Longhi buat masa ini lebih kepada mewarisi sistem yang ditinggalkan Morais. Dalam transisi Mario Gomez dahulu beliau terus menyuntik falsafah permainan yang beliau inginkan.

Begitu juga dengan Morais. Morais tak gunakan 4-4-1-1 dengan central winger, yang menjadi nadi kejayaaan JDT di bawah Gomez.

Morais tegas dalam membentuk pasukan 4-3-3 ketika mengambil alih. Idea permainan itu penting dan Raul Longhi kini bukan sekadar jurulatih, beliau adalah ‘tactician’.

Dalam perlawanan Piala AFC lalu, JDT bermain 4-1-4-1. Adakah itu adalah sistem yang Longhi mahukan?

5. Motivasi

Buat masa ini, kami melihat ada sedikit isu motivasi di dalam pasukan JDT selepas perubahan di struktur kejurulatihan dan krisis di bilik persalinan.

Raul Longhi perlu menguatkan semula motivasi pasukan untuk kembali ke landasan terbaik.

Rumusan

Itu adalah pandangan kami tentang 5 senarai semak untuk Raul Longhi. Semoga beliau sukses di JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN