Ahli perniagaan dan tokoh koporat terkenal negara, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan bersedia untuk memegang jawatan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekiranya ditawarkan jawatan tersebut.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis menandatangani perjanjian lanjutan di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Nasional (PSM) di Bukit Jalil semalam.
Ini bukan kali pertama Tony Fernandes dikaitkan dengan jawatan tertinggi bola sepak negara. Sejak 2016 lagi beliau turut pernah dikaitkan dengan jawatan Presiden FAM selepas berlaku kekosongan jawatan tersebut sebelum diisi oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Adakah beliau individu yang layak untuk menerajui MFL? Berikut kami gariskan 5 sebab mengapa kami berpendapat beliau seharusnya diberi peluang untuk mengubah wajah pertandingan bola sepak negara.
Kualiti kepimpinan
Merupakan pengasas syarikat penerbangan tambang rendah yang pertama, Air Asia. Selepas membeli syarikat penerbangan komersil yang gagal daripada kerajaan dengan hanya RM1, Fernandes secara tidak langsung “mengangkut” hutangnya berjumlah RM40 juta.
Walau bagaimanapun, dalam masa 2 tahun dia berjaya menyelesaikan hutang tersebut dan menjadikan syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan bajet yang sangat berjaya. Pencapaian cemerlang Fernandes tidak akan berlaku tanpa kepimpinannya yang hebat.
#AWANInews Tony Fernandes wins major business leadership awardhttps://t.co/jelpw2bgAB pic.twitter.com/1GhcPXCMot
— Astro AWANI (@501Awani) October 17, 2017
Tony Fernandes dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang sangat berkarisma dan merendah diri meskipun dia sudah berjaya. Dia ramah, tidak sombong dan sangat mudah untuk didekatii bukan hanya sebagai seorang bos tetapi juga sebagai orang biasa. Di sebalik sikap tersebut, beliau adalah seorang pemimpin yang mementingkan kerja keras dan kompetitif.
Kualiti kepimpinan sebegini sememangnya amat diperlukan di dalam MFL. Sekiranya Tony Fernandes berjaya membina sebuah empayar penerbangan bermodalkan RM1, mengapa tidak beliau diberikan peluang untuk terlibat membangunkan bola sepak negara.
Patriotik
Tony Fernandes juga dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang patriotik. Menjawab pertanyaan wartawan semalam, Tony Fernandes dipetik sebagai berkata:
“Kalau (jadi Presiden MFL), saya akan lakukannya. Adakah itu jawapan yang jujur? Orang lain mesti akan katakan tidak pasti. Saya sukakan bola sepak dan saya sayangkan Malaysia.
Maskapai Air Asia pernah bikin desain pesawat dg tema "Semangat Harimau Malaya" sewaktu AFF 2012 yg lalu. Apik ya? pic.twitter.com/upyvmPZVHg
— GIBOLofficial (@GIBOLofficial) November 23, 2014
Sifat patriotik Tony Fernandes turut terserlah ketika kempen Piala AFF Suzuki 2018. Beliau dengan cara tersendiri telah mengaturkan penerbangan sewa khas (charter flight) dengan kadar tambang yang rendah, untuk membawa penyokong Malaysia ke perlawanan separuh akhir timbal balik.
Sifat sayangkan negara sememangnya tidak payah diragui lagi dalam peribadi ahli perniagaan ini. Syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia milik beliau sentiasa memegahkan nama Malaysia ke seluruh dunia.
Siapakah yang paling layak untuk memartabatkan bola sepak negara melainkan individu yang mahu melihat Malaysia berjaya di mata dunia seperti Tony Fernandes?
Ahli perniagaan yang berjaya
Dalam apa jenis industri, wang sentiasa menjadi perkara terutama. Selepas pandemik, beberapa penaja telah menarik diri daripada bekerjasama dengan MFL dan kita tidak boleh menafikan kantung pentadbir pertandingan bola sepak negara itu turut terjejas.
Industri bola sepak dan penerbangan turut mempunyai persamaan dari segi keperluan kewangan. Dalam membangunkan Air Asia, Tony Fernandes menekankan tiga strategi utama yang dilakukan secara agresif iaitu, penjenamaan, pemasaran dan teknologi digital.
TONY FERNANDES'S TOP 8 TIPS FOR ENTREPRENEURS
1) You don’t need to know everything
I came from the music business. I knew nothing about planes. To all the entrepreneurs out there, you don’t need to know everything about what you want to do. It’s all about the idea, pic.twitter.com/2MYpyMoh5c
— Im_afiqq (@im_afiqq) April 25, 2020
Mari kita jujur dengan diri kita. Sejak ditubuhkan pada 2015, MFL belum lagi meraih kejayaan yang boleh dibanggakan selain daripada pelesenan dan penswastaan kelab-kelab bertanding. Itu pun kebanyakkan kelab-kelab tersebut masih lagi dipegang hak milik oleh persatuan.
Disebabkan itu kepakaran Tony Fernandes bersama Air Asia amat diperlukan bersama MFL. Selepas enam tahun MFL memerlukan penjenamaan dan kaedah pemasaran baharu agar pertandingan bola sepak tempatan boleh dimartabatkan lebih jauh.
Tatkala penyiaran siaran langsung melalui iflix sebelum ini dianggap gagal, kejayaan dan pengalaman Tony Fernandes membangunkan Air Asia menggunakan platform digital juga diharap mampu membantu MFL.
Budaya koperat dinamik
Selepas enam tahun MFL sepatutnya mampu menampilkan budaya koporat yang profesional dan bukan sekadar ketika penganjuran Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).
Menurut Tony, budaya korporat sememangnya akan membolehkan anda mengakses bahagian peribadi pekerja, sehingga hubungan antara pihak atasan dan bawahan menjadi sihat dan ketelusan syarikat dijaga.
Tony juga pernah berkongsi kejayaan Air Asia hari ini adalah kerana sokongan orang-orang di dalamnya yang mempunyai misi yang sama. Menurut Tony orang/pekerja di syarikat yang tidak gembira dapat membuat penjualan hilang 50% ketika mereka tidak memahami apa yang dia jual.
Tony Fernandes, CEO of AirAsia, is highlighting his company's approach to staff diversity – the airline has one of the highest ratios of female pilots (1 in 20) and engineers in the region and recently ran an all-female staffed flight. #WTC2019Malaysia #eventprofs pic.twitter.com/mG5ZDVCQyb
— C&IT (@CITmagazine) August 27, 2019
Itulah yang diperlukan MFL pada hari ini. Badan tersebut memerlukan seorang pemimpin dan anggota yang benar-benar memahami apakah yang mereka jual (perlawanan dalam konteks bola sepak).
Ambil contoh La Liga. Mereka sanggup menghantar Eksekutif Delegasi La Liga di Malaysia, Giorgio Rossi untuk mempromosikan bola sepak Sepanyol di negara kita.
Bukanlah kita mengharapkan MFL pergi sejauh Sepanyol untuk mempromosikan Liga Malaysia. Sebaliknya cukuplah MFL berfungsi meyakinkan penyokong bola sepak tempatan dengan promosi yang sepatutnya.
Pengalaman dalam bola sepak
Kita semua tahu Tony Fernades adalah pemilik kepada kelab Liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR). Walaupun tidak segah kelab-kelab gergasi eropah yang lain, pengalaman beliau selaku pemilik kelab tersebut pasti dapat membantu.
Sekiranya Tony mengetuai MFL, beliau pasti sedar akan harapan setiap pemilik kelab, pemain dan penyokong. Mungkin juga ada yang akan memperlekehkan kemampuan dan kelayakan beliau di dalam bola sepak. Namun anda tidak boleh menafikan Tony Fernandes merupakan individu yang tidak takut akan cabaran dan bidang baru.
#ManCrushWednesday@TONYFERNANDES
Anthony "Tony" Fernandes is the Chief Executive Officer of @AirAsia, the largest and most successful budget airline in Malaysia. He is also the Co-Founder of Tune Group, consisting of AirAsia, Caterham Group, Tune Hotels, and Queens Park Rangers. pic.twitter.com/WMHmLhjms4— Centerprise (@CenterpriseCo) September 18, 2019
Sebelum menceburkan diri dalam industri penerbangan, Tony sebenarnya datang dari latar belakang perakaunan dan muzik. Bidang penerbangan adalah bidang yang asing sama sekali buat beliau. Mengendalikan syarikat penerbanga bukan seperti mengendalikan kedai kopi.
Namun kerana peribadinya yang suka akan cabaran baru dan gemar mengejar cita-cita, beliau meneruskan hasrat mengambil alih Air Asia walaupun sedar syarikat itu datang dengan satu bebanan.
Kisah di dalam bola sepak Malaysia tidak jauh seperti Air Asia. Ia datang dengan bebanan untuk memajukan industri bola sepak tempatan sekaligus memperkasakan skuad Harimau Malaya.
Penutup
Apa yang amat menarik mengenai Tony Fernandes ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi sesebuah entiti.
Berdasarkan lima perkara di atas, tidaklah rugi sekiranya Tony Fernandes diberikan peluang untuk menerajui bola sepak tempatan dengan tujuan memartabatkannya.
Satu perkara yang kita tahu, Tony Fernandes tiada sebarang kepentingan lain melainkan untuk melihat bola sepak negara kekal subur dan kompetitif di rantau ini.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel menarik lain mengenai MFL melalui pautan di bawah:
Tindakan MFL Sehingga Batalkan Piala FA Dilabel Sebagai ‘Pemalas’
3 Persoalan Perlu Dijawab MFL Selepas Pendedahan Oleh The Vibes
MFL Pinda Perlembagaan, Presiden Boleh Dipilih Bukan Dalam Kalangan Ahli Lembaga Pengarah