5 Sebab Real Madrid Bergelut Ketika Ini

Real Madrid kini berada di tangga ke-4. Mujur pasukan seperti Barcelona juga gagal mendapatkan keputusan lebih baik dalam beberapa perlawanan.

Real Madrid menang 4, seri 2 dan kalah 2 kali setakat 8 perlawanan La Liga musim ini.

1. Transisi pasukan

Tak semua pasukan akan mengalami transisi yang baik. Dalam kes Real Madrid mereka perlu menukar corak DNA bola sepak mereka kepada sistem lebih moden.

Sebelum ini Zinedine Zidane adalah pengurus yang lebih rigid taktikal beliau dan dalam sistem structured football.

Oleh itu tiada masalah Zidane meneruskan tugasan daripada Ancelotti yang kemudiannya kepada Rafa Benitez, barulah kepada Zidane.

2 pengurus tersebut bukanlah jurulatih yang menerapkan sistem high pressing football ketika di Real Madrid.

Dalam sidang media Lopetegui sebelum ini beliau memberitahu yang pemain beliau tak cukup berani untuk melakukan high pressing.

Jadi, mereka masih mencari transisi tersebut. Bukan mudah nak mengubah sebuah pasukan yang banyak menempa kejayaan dengan corak taktikal sebelum ini.

2. Kehilangan penjaring utama

Mereka kehilangan pemain yang konsisten menjaringkan gol 30-40 gol semusim. Dan masalah utama mereka adalah gagal mencari pemain yang terbukti (proven) untuk menggantikan Ronaldo.

Mereka mendapatkan pemain seperti Vinicius Jr. yang masih terlalu muda. Mereka kemudian mendapatkan Mariano Mariano Diaz sebagai penyerang baru.

Ronaldo awal karier di Real Madrid menjadi penyerang sayap yang prolifik. Selepas beliau semakin kurang kepantasan, Zidane berusaha membentuk beliau menjadi no.9.

FROSINONE, ITALY – SEPTEMBER 23: Juventus player Cristiano Ronaldo celebrates 0-1 goal during the serie A match between Frosinone Calcio and Juventus at Stadio Benito Stirpe on September 23, 2018 in Frosinone, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Ronaldo memainkan peranan penting sebagai no.9 dan beliau mengakui dia bukan pemain yang suka melakukan step over lagi. Dia lebih fokus kepada mencari ruang.

3. Kecergasan pemain utama

Mereka berhadapan dengan isu kecederaan dan kecergasan pemain utama seperti Gareth Bale.

Bale bermula sangat baik musim ini namun beliau seperti biasa, mengalami beberapa kecederaan. Namun pastinya mereka mengharapkan Bale tidak cedera serius.

Sejak menyertai Real Madrid, Bale masih belum menjadi pemain semusim walaupun kualiti beliau sangat baik.

Seterusnya mereka kehilangan Isco berehat panjang selepas pembedahan apendiks. Isco menjadi pemain penting di tengah kerana beliau sangat kreatif dan sesuai dengan kehendak taktikal Lopetegui.

4. Ketumpulan di hadapan gol

Jika di atas, kami terangkan akan kehilangan Cristiano Ronaldo, di sini pula kami ingin sentuh ketumpulan pemain yang ada.

Barisan serangan Real Madrid terutama sekali Benzema agak tumpul di hadapan gol. Mereka kini sudah 4 perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Real Madrid’s French forward Karim Benzema controls the ball during the UEFA Champions League final football match between Liverpool and Real Madrid at the Olympic Stadium in Kiev, Ukraine, on May 26, 2018. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Kali terakhir mereka kemarau gol untuk 4 perlawanan adalah pada 33 tahun lalu.

5. Kegagalan memperkasa skuad jendela perpindahan

Mereka sudah lama tidak menandatangani pemain penting. Pemain yang ada sudah semakin berusia. Dan pada fasa transisi kepada Lopetegui, Real Madrid gagal mendapatkan pemain seperti Hazard.

Kini mereka mulai merasai kegagalan menambah kekuatan menggunakan jendela perpindahan. Mujur mereka ada bakat muda yang baik diserap masuk ke dalam pasukan.

Mereka berjaya mendapatkan Courtois. Itu antara perpindahan yang baik mereka lakukan walaupun bukan keperluan utama berbanding posisi lain.

Rumusan

Real Madrid perlu lebih cepat dalam fasa transisi dengan pemain yang ada jika mereka berimpian mahu menjulang La Liga sekali lagi.

Mungkin Januari nanti mereka akan melakukan pembelian beberapa pemain bintang untuk dibawa masuk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN