5 Sebab Kenapa Man. United Akan Tewaskan Liverpool Di Old Trafford

Perlawanan derbi Barat Laut England pastinya menjadi acara tumpuan setiap kali musim bola sepak Inggeris. Hari ini berlangsung 1 lagi pertemuan di antara 2 kelab paling berjaya di England ini. Berikut adalah 5 sebab kenapa Man. United akan menumbangkan Liverpool pada malam ini.

1. Mentaliti

Secara mentaliti, Man. United dipersiapkan dengan sebaik mungkin. Beberapa hari ini laporan di England menyebut Solskjaer mahu pemain mengetahui makna perlawanan ini lebih daripada segalanya.

Beliau juga menyebut nama Sir Alex Ferguson sebagai legenda yang dialu-alukan untuk membuat taklimat di bilik persalinan. Mentaliti Mancunian yang ada pada Solskjaer – ditanam pada era Fergie sememangnya cuba disuntik dalam diri pemain Man. United.

Daripada tanggungjawab mereka untuk tidak mahu kalah dalam apa jua perlawanan menentang Liverpool kepada usaha merosakkan kempen Liverpool – yang ketika ini dalam landasan untuk kejuaraan EPL.

2. Momentum dan prestasi Man. United

Man. United adalah pasukan EPL yang paling menyerlah ketika ini. Mereka naik daripada tangga ke-6 kepada 4. Menang 8 perlawanan dan seri sekali dalam 9 perlawanan EPL terakhir mereka.

Sejak diambil alih oleh Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United tampil dengan pasukan yang berbeza. Mereka mendapat momentum yang lebih baik. Selepas kalah dengan PSG, mereka terus bangkit membenam Chelsea.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 18: Paul Pogba of Manchester United celebrates with Romelu Lukaku as he scores his team’s second goal during the FA Cup Fifth Round match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on February 18, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Itu jelas menunjukkan mereka sangat cepat untuk bangkit dan cuba mendapatkan semula momentum kemenangan. Mereka tidak mahu ianya hilang. Jadi, perlawanan menentang Liverpool sangat penting untuk memastikan mereka mendapat momentum lebih baik.

Solskjaer berjaya membentuk pasukan yang lebih baik dengan menanam kembali keyakinan di dalam diri pemain. Mereka sebelum ini sudah melepasi cabaran beberapa perlawanan besar dengan cemerlang. Kenapa tidak Liverpool?

3. Peranan Pogba dan Mata

Pogba dan Mata dijangka akan menjadi nadi penting untuk Man. United pada hari ini. Peranan box to box pada Pogba kelihatan berada tahap terbaik di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Beliau mampu mencipta peluang gol, berkawal di tengah, menjaringkan gol dan lebih menikmati bola sepak yang beliau mahukan.

Walaupun dalam beberapa perlawanan Pogba agak bergelut namun beliau tetap efektif apabila mendapat peluang untuk melakukan sesuatu. Stabiliti di tengah akan menjadi kunci penting.

Sementara itu, Juan Mata antara nama yang kerap menyinar dalam perlawanan ini. Beliau adalah pemain yang kreatif dan akan menjadi tunjang kepada kreativiti Man. United di final third.

4. Tekanan untuk Liverpool

Harus diakui Liverpool adalah pasukan yang memiliki tekanan yang lebih tinggi dalam perlawanan ini. Ini selepas mereka melepaskan peluang untuk menjarakkan diri dengan Man. City – kerana keciciran mata dalam beberapa perlawanan yang ‘winnable’.

LIVERPOOL, ENGLAND – FEBRUARY 09: Liverpool manager head coach Jurgen Klopp during the Premier League match between Liverpool FC and AFC Bournemouth at Anfield on February 9, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Berhadapan dengan Man. United, Liverpool kini mengendalikan perjalanan kempen misi EPL mereka dan pada masa yang sama berhadapan dengan pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik.

Seterusnya, Liverpool sedar, kalah perlawanan ini akan membuatkan mereka bukan sahaja kalah dalam derbi Barat Laut, malah menjadi faktor penting mereka boleh kehilangan EPL. Ini ditambah dengan prestasi semasa Man. City ketika ini yang kelihatan tidak memberikan ruang kepada Liverpool untuk keciciran sebarang mata.

5. Serangan balas Man. United

Ini adalah satu-satunya aspek taktikal yang saya akan sentuh kali ini. Perlawanan ini biasanya bukan mencari pasukan mana lebih cantik taktikal. Ianya adalah perlawanan yang mencari pemenang walau dengan apa cara sekalipun demi ego dan maruah.

Salah satu aspek yang boleh menyakitkan Liverpool adalah serangan balas Man. United yang kita dapat lihat – kembalinya DNA serangan balas klasik mereka dahulu.

Ini kerana Red Devils ada kepantasan serangan balas yang sangat tajam. Liverpool gemar menaikkan bek sisi mereka ke kawasan yang sangat tinggi. Pemain seperti Rashford akan menjadi nadi penting Man. United dalam memanipulasi isu ini.

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 27: Marcus Rashford of Manchester United has a shot at goal during the Group H match of the UEFA Champions League between Manchester United and BSC Young Boys at Old Trafford on November 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)
Rumusan

Manchester United sedar akan makna perlawanan ini. Jika dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Man. United kerap dikaitkan dengan taktikal lebih defensif dan cuba ‘frustrating’ serangan Liverpool.

Kali ini kami jangkakan kembalinya perlawanan Man. United vs Liverpool yang sebenar. Perlawanan terbuka dan lebih berani daripada kedua-dua pasukan. Manchester United melayan kunjungan Liverpool dengan lebih rasa lebih tanggungjawab dan juga keinginan serta keyakinan untuk menang.

Pastinya kami juga menjangkakan perlawanan ini akan panas.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN